Thursday, July 31, 2008

Hasil mutan Julai 2008...

Sekejap tadi, ada officemate tanya "...banyak ke buah? Macam tak habis-habis je..., minggu lepas rasanya dah bawak dah ke office, minggu ni bawak lagi...". Mmmm..., sebenarnya buah mutan banyak lagi kat kebun di pangsenam. Kalau di kira keseluruhan kebun ni (4 ekar), ada kira-kira 25 batang pokok rambutan sahaja... pelbagai jenis. Gambar kat bawah ni adalah hasil rambutan minggu lepas yang di bawa balik ke kuantan dan kuala lumpur.

Rambutan merah

Rambutan kuning

Sesi memetik mutan

Satu kereta tolak dan seguni mutan

Hasilnya dilonggokkan untuk diikat. Bawak balik ke kuantan dan kuala lumpur untuk diagih2kan sesama kawan2 dan jiran2. Semoga pokok buah-buahan ni galak lagi berbuah dengan lebat di musim akan datang.

Minggu ni mungkin balik pangsenam lagi. Rasanya, hasil rambutan kali ini akan bertahan hingga puasa nanti kerana masih ada lagi pokok yang buahnya belum masak. Bagi yang nak merasa memetik buah rambutan, marilah datang ke kebun Haji Hamid di pangsenam.

2 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

salam bro adnan.

ya Allah. bila tgk mutan gading warna kuning tu, terliur rasanya. sy suka amat mutan gading tu. tp thn ni pokok kt rmh tok sy ni buahnya tak byk lg. kita baru nak petik, dh ada hak petik dulu. kena la tunggu lg 2 hari pulak bru dpt makan.

menjadi sungguh ye kebun hj. hamid ni =)

pangsenam said...

salam

kalau nak merasa makan, datang la ke kebun. Buahnya rendah2 je. Hujung minggu selalu ada balik