Sekarang durian kat kebun belum gugur lagi. Mungkin lagi 2 bulan ia akan gugur. Tak sabar nak menunggu durian gugur. Tapi sebelum itu, mari kita imbau kembali musim durian gugur sebelum ini.
Ni bunga durian semasa musim tahun 2005 dahulu. Bunga ni belum kembang lagi.
Ni pula buah durian setelah berusia 2 bulan.
Durian yang gugur di pagi hari.
Hasil durian ni dikutip masa tengahari. Waktu pagi lagi banyak, selalunya dalam 2 kereta tolak.
Dah kutip, boleh makan. Kalau tak habis, dibuat tempoyak. Sesiapa yang nak tempoyak, boleh order. Boleh buat masak ikan patin, makan dengan nasi dll.
Bawak balik buah durian untuk diagihkan kepada kawan2. Selalunya boleh lah dapat 3 biji seorang, tengok pada saiznya. Bukan saiz badan penerima tetapi saiz buah. Kalau buah kecik, dapatla 3 - 4 biji. Kalau buah besar dapat la 2 biji.
No comments:
Post a Comment