Bulan Rejab merupakan bulan ke-7 dalam kalendar Islam. Rejab bermakna kemulian atau kebesaran. Maknanya, ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Bulan ini juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan, kerana 3 bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dan mengharamkan berperang di dalamnya. Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, bulan ini diingati dan dimuliakan kerana ada beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini iaitu Hijrah Pertama iaitu berhijrah ke Habsyah, Isra' dan Mi'raj, perang Tabuk, pembebasan Baitulmuqaddis dan lahirnya imam Syafie.
Marilah kita bersama-sama memuliakan bulan ini. Semoga kita semua beroleh keberkatan... Kat kampung Pangsenam buat aktiviti apa dalam bulan ni?
No comments:
Post a Comment