Tuesday, July 15, 2008

Pekerja...

Hari ni nak bercerita pasal pekerja. Tulisan ini adalah untuk mereka yang berada didalam sesuatu organisasi umumnya dan kepada pekerja khasnya. Secara ringkasnya, kita boleh mengkategorikan pekerja ini kepada 3 kategori iaitu pekerja umpama malukut di tepi gantang, pekerja umpama dedalu dan pekerja umpama lebah.

gambar hiasan

Bagi kategori pertama iaitu pekerja umpama malukut di tepi gantang maknanya pekerja itu tidak memberi apa2 kesan kepada organisasi atau tempatnya bekerja. Dia ada, tak menguntungkan organisasi, dia tiada pun, tak merugikan organisasi.


gambar hiasan

Kategori kedua pula ialah pekerja umpama dedalu. Yang ni paling bahaya kepada organisasi. Pekerja jenis ni umpama parasit. Tahu tak dedalu? Dedalu ni adalah sejenis tumbuhan parasit yang menumpang tumbuh di pokok lain. Pokok yang dia tumpang itu akan mati sebab dedalu ni akan makan dia. Selalunya, pekerja jenis ini akan menjatuhkan dan merugikan organisasi. Dia akan mengadu domba, memburukkan organisasi, menyebar khabar angin, mengulor, bermuka-muka, batu api, pecah amanah dan sebagainya.

Gambar hiasan

Kategori ketiga pula adalah pekerja umpama lebah. Lebah selalunya akan menumpang membuat sarang di pokok namun, pokok tersebut tak terjejas pun. Begitu juga dengan madu. Lebih akan menghasilkan madu yang manis dan berkhasiat. Pekerja umpama lebah ini amat bagus. Dia tidak akan merosakkan organisasi malah memberikan sumbangan yang amat besar kepada organisasi. Dia akan menguntungkan organisasi dan membawa imej yang baik kepada organisasi.

Gambar hiasan

Oleh itu, sebagai seorang pekerja dan bakal pekerja suatu hari nanti, kita harus lihat di kategori mana kita berada. Di harap, semua kawan2 dan penduduk kampung Pangsenam tidak berada didalam kategori yang kedua. Kalau tak berada dalam kategori ketiga pun takpe, janji jangan berada dalam kategori kedua itu.

5 comments:

Mata Hati said...

Sebenarnya untuk menjadi pekerja lebah bukan mudah. Sebagai manusia biasa kita perlu ada sokongan sama ada dari segi moral dan juga material.

Mc Zue said...

selain dari segi moral n mental emosi juga penting ya tak mata hati...?

Mohd Amli bin Abdullah @ Baharum said...

susah untuk kita menilai seseorang...diluar nampak cantik...di dalam ALLAH s.w.t sahaja yang tahu...Bekerja itu salah satu ibadat...buat seperti apa di kata. Seperti khalifah (tak ingat lah) kalau hal peribadi sanggup mengunakan pelita sendiri ketika urusan peribadi....Jadi, sebelum bekerja...niat kerana ALLAH s.w.t dan buat kerja seikhlas yang mungkin. Mersti tegas dalam apa 2 urusan...mungkin di dalam pejabat seorang kawan tetapi amanahb tetap amanah...yang salah tetap salah. wallahualam.

Jankaulu said...

ada dua situasi yg bbeza, kwn sbagai kwn kat tempat krja. kedua kwn sbagai kwn dlm khidupn.yg kat tmpat krja tu blum tentu jdi kwn kpd khidupn tpi kwn dlm hanya krjasama krja, amanah dlm capai objektif organisasi. Utk mjadi kwn khidupn ia lbih dari itu, iaitu sikap dan sifat yg bkenan di hati, sesuai dan serasi. (kesesuaian diri dan kesamaan peribadi yg berkenan di hati...adanya)

madier said...

Meli..aku rasa tu ler Khalifah Umar Ab Aziz yg Sdr Lim Guan Eng(KM Penang) nak tiru tu...kalau salah tlg betulkan..