Tuesday, July 8, 2008

Aktiviti mencari Etak...

Apabila musim kemarau, air Sungai Pahang akan menjadi cetek. Begitu juga di laluan sungai Pahang di Kampung Pangsenam, ia hanya separas lutut sahaja. Apabila sungai cetek, ramai penduduk telah ke sungai untuk mencari dan mengutip Etak dan Kijing. Etak dan Kijing merupakan sejenis siput/kerang air tawar. Perbezaan antara Etak dan Kijing adalah Kijing bersaiz lebih besar iaitu sebesar tapak tangan. Manakala Etak hanyalah sebesar kerang biasa.


Selalunya Etak dan Kijing ni di rebus atau di tumis sahaja. Keluarga saya tak berapa suka memakan Etak dan Kijing ni. Hanya menumpang meramaikan orang sahaja. Sambil2 tu buat suka ke budak2 je bermain air.


Gambar di atas kelihatan penduduk sedang berpesta mencari Etak dan Kijing. Sambil2 tu bermandi manda dan bergelak ketawa. Selalunya bila air surut, ada pasir di tengah-tengah sungai akan timbul. Seronok sungguh rasanya. Aktiviti ini berlaku hanya di musim kemarau. Last saya mencari Etak dan Kijing ni tahun 2005 dahulu.

4 comments:

Anonymous said...

iye la tu..., mu ni (loan officer) sibuk je masuk blog aku.

Jankaulu said...

sebelum ni tak pernah dengar kijing...thanks

Mc Zue said...

kijing tu menda? bukan etak ker?

Anonymous said...

kijing tu cam etak juga. cuma ia besar dari etak. etak sebesar ibu jari mengkala kijing sebesar tapak tangan dan berwarna hitam.