Tengah shopping sakan. Beli senduk, bekas plastik, jam dan lain-lain. Kat ikea ni, tak semua barang mahal. Ada gak barang murah. Pendek kata, konsep kat ikea ni, semua orang pergi pasti beli barang. Set senduk RM3 je. Jam dinding RM5 aje. Dah la murah, berkualiti pulak tu.
Lepas penat bershopping, makan dulu kat food court ikea. Makan karipap panas je. Sedap! Kena balik cepat ni, nak sembahyang jumaat pulak.
Pas makan, angkut barang terus menuju ke kereta. Katelog baru belum ada lagi. Sebelum raya nak pergi lagi sekali. Nak ambik katelog baru sambil shopping raya, insyaAllah.
Pas jumaat petang tu, pergi ke Sogo dan jalan masjid India. Shopping sakan kat Jackel dan Kamdar. Pastu ke KLCC pulak. Jalan2 sambil makan angin. Melepak tengok air pancut. Best gak. Dekat2 nak maghrib, pergi ke kampung baru, sembahyang kat sana. Pastu terus makan nasik lemak antarabangsa.
Selalunya saya pergi kuala lumpur akan lalu lebuhraya pantai timur (LPT). Masuk kat gambang singgah kat temerloh ambik my parent pastu terus ke KL. Dengan pemanduan saya ala2 Alex Yoong, selalunya 3 jam baru sampai KL dari Kuantan. Selalunya kat KL saya tido kat rumah kakak saya di Casmaria Apartment Batu caves. Dari sini, dekat je ke IKEA. Giant pun dekat.
3 comments:
minat yang sama dengan kami suami isteri ... bersamalah melengkapkan kelengkapan rumah dengan barang ikea ... beli sikit-sikit lama-lama jadi bukit....nak beli banyak kurang berkemampuan...
fuyoooooooo... dalam banyak2 barang dalam plastik Ikea tu ada gak barang aku... hehehe
terima kasih atas buah tangan dari IKEA tu nan...
Post a Comment