Thursday, July 31, 2008

Hasil manggis julai 2008...

Kelas pukul 430 petang. Lambat lagi. Ni nak bercerita pasal hasil manggis pulak. Pokok manggis ada 7 batang kat kebun ni. Sebatang pokok tua... melangit tingginya dan yang selebihnya pokok muda. Balik baru-baru ni, dapatla satu kereta tolak.
Buah yang masak 'menyorok' dicelah daun.
Hasil kutipan untuk sejam
Lihatlah dari dekat
Ni pulak kalau nak tau berapa ulas isi kat dalam manggis tu senang aje. Tengok kat buntut manggis tu, kira berapa pecahan bahagian yang ada kat buntut tu. Kalau tengok kat gambar atas, ada 6 bahagian. Maknanya, ada 6 ulas isi manggis.
Ini buktinya. Ada 6 ulas isi yang putih melepak. Boleh terus cakup ke mulut!

3 comments:

Mc Zue said...

bagus nan.. hari ni belajar sesuatu yang baru.. selama ni tak pulak tahu cara nak tgk ulas buah manggis.. tq..

Jankaulu said...

alangkah bestnya kalau manusia macam manggis...tak ada penipuan pilu berlaku...kalau kata 6, 6lah. kalau kata 5, 5lah...

tapi manusia...?

Eja said...

mr jan...klu dah nmpk apa yg tertulis dlm hidup ni... x bervariasi n mencabar la idup manusia kn...hehehhehe

pangs6...seronoknya ada dusun kn..bestnya kalu dpt petik buah2 tu..