Wednesday, September 24, 2008

S E L A M A T H A R I R A Y A . . .

Assalamualaikum, memandangkan esok last day bekerja sebelum cuti beraya dan takut pulak sibuk tak sempat nak menulis maka, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri saya atau tidak. Begitu juga, ucapan ini ditujukan kepada pengunjung blog ini termasuklah yang tersesat masuk ke sini. Blog ini akan kembali meneruskan aktivitinya pada 6hb Oktober 2008.

Kepada mereka yang balik beraya, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Jika mengantuk, singgahlah di Petronas untuk minum kopi percuma (saya selalu singgah kat Petronas Gambang, LPT). Kepada yang beraya di perantauan, buat-buatlah sendiri ketupat, lemang dan sate.

Di kesempatan ini juga, saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan samada perlakuan, percakapan dan penulisan. Jika ada kesempatan, singgahlah di PANGSENAM.

Justeru itu saya berdoa agar kita semua dilindungi oleh Allah dan selamat sepanjang musim perayaan ini. Terima kasih.

4 comments:

jankaulu said...

SELAMAT HARI RAYA untuk Adnan dan Sue sekeluarga.

Eja said...

Slmt hari raya buat d6 sekeluarga.. dan selamat bercuti pjg juga..

madier said...

sok dah last keje ke korang?aduhai...selamat hari raya pada ko nan...maaf zahir batin kalau ada salah silap...

MARA jgn lupa bayar..hehehe...sikit2 lama2 habis ler...hehehe

Mc Zue said...

SELAMAT HARI RAYA UNTUK DANNY N KAK SU...