Tuesday, September 16, 2008

Duku Johor...

Lupa pulok nok cerita. Masa minggu pertama pose dulu, koi balik ke Pangsenam. Masa merayap kat kebun, baru la koi perasan yang duku johor baru nok masok. Koi pun petik la, mok koi kabor, ande dah yang manisnye... boleh la makan lepas berbuka.
Mengikut firasat koi, duku johor kat kebun koi ni akan masak sepenuhnye dekat2 nok raye nanti. Maknenye, koi beraya nanti berkuihkan buoh duku johor. Kalau ande kengkawan yang nok beraya ke rumah koi, boleh la merasa buah duku johor nih.
Duku johor ni berbeza sikit ngan langsat, duku dan dokong. Kulit duku johor ni keras. Isinya kenyal, tak lembik macam langsat. Saiznya agak besar, kadang2 sebesar bola golf. Masa muda ia berwarna hijau. Bila masak ia bertukar warna kuning keoren-orengan.
Lebat kan? Kat kebun ayoh koi ni ande lah 3 batang pokok duku johor ni. Pokok dokong je yang banyak...dalam 15 - 20 batang. Lebat ngat buahnye. Kalau hari panas sangat, buah ni akan pecah dan rosak. Nasib baik tahun ni tak... alhamdulillah. Pokok ni rendah je. Boleh capai ngan tangan je.

4 comments:

azman said...

tapi duku kat pahang xleh chalenge hebatnya durian di perak...betul x en adnan?

danny said...

durian perak pulak tak akan jadi hebat jika tak dihantar ke pahang terutama ke rumah saya, betul tak azman?

jankaulu said...

apalah sangat durian perak dan duku pahang kalau nak dbanding dengan apple terengganu...(nak jugok...)

Eja said...

bila tgk dusun family d6 ni rasa kalu bleh lerni gak nk beli tanah wat dusun (bior ler 5 6 thn lg pun dpt hasil!)...jeles sggh rasnya..