Tuesday, September 9, 2008

Buat nisan kabung...

Kalau dapat banyak air kabung dan tak habis meminumnya maka kita boleh buat nisan kabung dan juga gula kabung. Caranya ialah kita kena memasak air kabung tu. Nisan kabung selalunya memakan masa 1 jam hingga 2 jam bergantung pada kebesaran api. Gula kabung pula memakan masa lebih lama lagi.

Ni tempat Pak Teh Kassim membuat nisan kabung dan gula kabung...

Guna kayu api akan menambahkan lagi aroma kepada nisan kabung. Air kabung yang jernih ni akan bertukar menjadi gelap dan likat macam madu lebah. Nanti saya tunjukkan nisan kabung yang saya berjaya buat.

2 comments:

jankaulu said...

buah kabung yang kita tengok ada dalam air cendul dan ABC tu asal daripada kabung ni ke?

pang said...

yup... putih2 jernih