Monday, September 15, 2008

GILA-GILA 1978...

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga dapat majalah GILA-GILA tahun 1978. Majalah ni telah dijilid dari bilangan 6 hingga 27. Maknanya, untuk keluaran awal, cuma bilangan 1 - 5 sahaja tiada dalam simpanan saya.

Pada hari tersebut kira rezeki saya murah lah. Bukan setakat yang tahun 1978, tetapi yang tahun1983 pun berjaya dibeli. Kosnya? Rahsia la. Kalau dikira faktor usia dan nilai majalah ni, harga yang dibayar boleh dikira murah. Saya terpaksa ke bank untuk mengeluarkan duit untuk membayar pada masa itu juga walaupun penjual tu janji untuk simpan hingga saya bayar pada minggu seterusnya. Tak sanggup saya untuk membiarkannya walaupun seminggu kerana manalah tau ada orang offer harga lagi tinggi pada penjual tu... tak ke melepas?.


Sekarang, ada lagi GILA-GILA lama yang saya tengah cari bilangannya. Kebanyakkannya yang lama-lama. Mana yang dah cukup setahun, saya jilidkan ia dengan kos RM25 sejilid. Gambar atas ni menunjukkan majalah yang telah berjaya saya jilid termasuklah dalam koleksi tersebut ialah GILA-GILA 1978 dan 1983. Oklah, jika anda ada GILA-GILA lama dan ingin menjualnya, boleh hubungi saya.

10 comments:

jankaulu said...

Tahniah!

Koleksi tu `bertanda merah' ke? kalu tak nak pinjam...he he he.

dulu ada majalah `Geli Hati' kalau tak silap... Bambino pun ada dulu masa darjah-darjah.

alias derais said...

tahniah le. aku pun suka collect buku jugak. best baca buku2 lama ni. pada aku, setiap satira yang ada tu berkait rapat dengan zaman penghasilannya. aku rasa le..okey, keep it up!

danny said...

ya betul... yang berumur 30an memang membesar bersama gila-gila. bila membaca kembali gila-gila lama, akan teringat balik zaman kanak2 dulu.

has said...

saya juga adalah seorang peminat fanatik majalah gila-gila...membesar dengan majalah gila-gila..sekarang umur saya 26 tahun..tapi sangat mengecewakan majalah gila-gila yang lama-lama masa saya kecik-kecik semua dah hilang..saya start kumpul balik majalah gila-gila sejak 4 tahun lepas sampailah sekarang...dan saya sangat suka kartun tiga dara pinggitan...cerita mereka seolah-olah berlaku di kampung saya..sayang juga mempunyai koleksi tiga dara pinggitan dari jilid 1-5..jilid 6 belum lagi sebab saya nak tunggu pesta buku..

shaz said...

Salam, boleh saya tahu tak cam mana dan di mana boleh saya dapatkan koleksi kisah tiga dara pinggitan, aku budak minang dan lain²? saya kat creative enterprise untuk order online..tapi bila hantar email tak boleh...terima kasih

Rositah Mohd Shariff said...

Salam, Sy juga peminat Majalah Gila-Gila..tapi hanya pd. era 80an..kerana masa tu ramai kartunis yg original spt. jaafar taib, rejabhad, Don (the best cartoonist ever) ujang, rashid asmawai (ala-ala Lat) zunar..tapi sekarang banyak copyright..keh..keh..dah tak mcm dulu..sketch kartunis dulu2x pun cantik...manalah..depa pegi ye...sy pun pernak menyumbang dlm Mak W Corner..dptlah seketul dua..masa tgh. belajo kat ITM dulu..Boleh pinjam ke..Koleksi..or buat lah cetakan ulangan...boleh kongsi ngan peminat yg lain..kl nak jual pun tak pe...

Ruby Bakar said...

assalamualaikum...juz incase nak jual...sila contact saya k....melalui emel saya wiwi52@gmail.com

Unknown said...

Salam..sya ada majalah gila-gila tahun 1983 dgn 1984..brpa harga pasaran utk majalah ni

Oz Aimar said...

Ada lagi x majalah gila-gila awak tu? Saya berminat nak beli...

tun perpatih said...

salam, sesape berminat nk dpt kan koleksi gila2....boleh hubungi wasap sy.....stok cetakan lama....keadaan masih baru dlm plastik....koleksi yg sgt rare pun ade.....spt jaafar taib KALAU, jungle jokes, imuda, aza...0174879949