Tuesday, September 23, 2008

Majlis Berbuka Puasa...

Ni gambor-gambor majlis berbuka puasa pada Sabtu lepas. Berbuka di Nokis je. Bayaran RM15 seorang. Kalau buat kat hotel, mahal sangat. Taknak la terlibat sama dalam pembaziran di bulan ramadan. Aktiviti ni last minit punya perancangan. Miting pun secara SMS je. Korum miting 3 orang je. Sorang di Nokis, sorang di Gerai Che Yah dan sorang lagi di Muadzam. So, bayangkan lah bagaimana miting tu di buat.
Ni meja orang lelaki. Ustad madi, gedik dan pazullah tak dapat datang. Nasib baik ada noormad, dia la jadi tok imam membacakan doa berbuka puasa.
Tengok makanan kat meja ni... habis licin.
Meja ni ada ramai bebudak.
Bergambar sebelum bersurai. Tapi jeha dah balik dah, laki dia jemput.
Oh ya, makanan berbuka puasa ialah ikan bawal 3 rasa, sup tulang, telur dadar, ayam berempah, sayur campur, buah dan nasik putih. Air pulak, masing-masing order sendiri ikut citarasa. Ok la untuk kali ini. Kalau ada kekurangan, kami mintak maaf. Pada anjuran akan datang pula, kiman memberi cadangan supaya diorganise oleh orang lain pulak. Nama yang dicadangkan oleh dia ialah Azniza dan Anis. So, banyak masa lagi ni untuk memikirkan tempat...

6 comments:

Anonymous said...

oooo....i no prob nk jd organizer... tahun depan yer..bolah la pikir dr skrg..he..he..anyway w/pon skajap tp dapat jumpa ngan member2 yg da lama tk jumpa(fuzah,ja,sukiman,normad). tahundepan harap2 dpt kumpul lg ramai kengkawan...

Jankaulu said...

Rupanya anak jeha dan wani dan ma dah besar2, sampai tersilap mana satu anak kepada sapa ibunya.

Dapat jugak jumpa Din Server yang dah tukar nama rupanya jadui Din Lab, dia tak sihat rupanya...

Tak sempat nak bercakap dengan wawa,ramai juga kawan yg tak dapat datang rupanya.

Moga rancangan ke Rantau Panjang dan Kuala Terengganu nanti kita ada masa borak-borak lama2 dalam bas.

madier said...

Wah...bestnya korang ye...dpt bukak pose ramai2 eik...lain kali aku nak join gak ler...15hinggit jer tuuu....

Mc Zue said...

lain kali tu bila d? hehehe

madier said...

Mczue...tgk ler kalau pjg umur..murah rezki...jumpa lagi kita pada ramadan2 yg seterusnya..insyaallah...hehehehe..

Eja said...

tima kasih pada seme yg terlibat terutama organizer yg bersusah payah laksanakan mjls tu.. D6, skiman , mc zu n wawa. maaf sy x dpt bantu..ingatkn x jd dtg sbb dh janji blk kg..tp demi kwn2 sy tunda blk kg..insya-Allah thn dpn kita wat lg...emmmm nama pun dah tercalon tu...kite anis..