Monday, November 24, 2008

Marah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menurut Datuk Dr. Fadilah Kamsah, ada kajian yang mengatakan bahawa kita ni apabila marah sebenarnya tempohnya hanyalah 4 minit sahaja. Yang selebihnya adalah emosi.

Maknanya kat sini, apa yang kita ungkit2kan bila marah kat orang tu ialah emosi lah. Begitu juga jika marah kita tu meleret2 hingga tiga empat hari tak habis2 lagi... so, emosi lah tu rupanya.

Marah ni selalunya berpunca daripada sesuatu perkara atau keadaan yang berlaku yang tak memuaskan hati kita. Antaranya, lecturer marahkan student lambat hantar assignment, ibubapa marahkan anak lambat bangun tidur, bos marahkan pekerja yang tak buat kerja, isteri marah suami tak beli belacan, kawan marah kawan tak jemput makan jamuan dll.

Kadang2 bila marah, kita kaitkan kepada perkara yang tak ada kaitan langsung. Contohnya kita marahkan student datang lambat ke kelas tetapi kita kaitkan dengan muka dia tak hensemlah, keturunan bodohlah dan lain-lain lagi.

Amat payah nak pisahkan marah dengan emosi. Sebab ia saling berkaitan. Pulak tu ada pulak campur tangan setan yang direjam. Tapi walaupun begitu, kita haruslah kawal kemarahan kita. Lagi pun buruk sangat rupa orang marah. Ada yang marah dengan muka yang merah, pipi bergetar2, suara tersekat2, mata membulat kemerahan dll. Ada tu sampai memecahkan barang2, membaling pinggan mangkuk, menghempas pintu dll.

Kalau masa kita marah tu kita sedang berdiri, maka duduklah. Kalau masa tu kita sedang duduk, maka berbaringlah. InsyaAllah kemarahan kita akan berkurangan dan reda. Petua Cikgu saya dulu dia kabor kalau marah, sila tengok kuku jari tangan kita...pasti hati kita tenang. Tak percaya? Trylah...

Moralnya kat sini kalau tengah marah tu, jangan lupa setkan masa. Lebih 4 minit, stoplah kemarahan tu. Hehehe... Jangan marah aaaa...

6 comments:

Jankaulu said...

Dulu ada terkilan sbb kawan tak jemput dinner kat umah dia, padahal kawan-kawan lain ramai yang dijemput...

dan sebenarnya nama dia pun telah saya senaraikan antara yang dijemput bila majlis konfirm kerja saya nanti.

pada mulanya rasa marah jugak tapi kita sedarlah siapa je kita pada dia, sebb yg dijemput2 tu semua org besar2...sya org kecik.

danny said...

ayat last tu dah kategori emosi tu...

Jankaulu said...

tapi emosi dalam katogeri rendah diri kan, masih jadikan dia sbgai kawan...

tapi terasa 6!

danny said...

kategori emosi merendah diri dan sedar diri hehehe

Jankaulu said...

tapi memang tak patut 6. masa tu aku senaraikanlah beberapa nama bersama pertolongan kawan-kawan lain.

Esoknya tu kawan aku yg bergegas dan berkata `Dia tak jemput pun man kat majlis rumah dia semalam, sedangkan man letak nama dia...'

masa tu aku tak boleh jawab apa-apa pun...

tapi itu satu pengajaran buat aku...

KOYAN said...

aku ajak dok penak mari pung....