Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni result UPSR keluar. Tahniah kepada semua calon yang berjaya. Semoga dapat menempuh peperiksaan yang lebih besar dimasa akan datang. Tahniah juga kepada semua guru yang mengajar mereka. Kepada pelajar, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada guru2 anda. Juga kepada ibubapa, tanamkan sikap menghormati guru didalam fikiran anak masing2.
Cuti sekolah akan bermula minggu ni. Diharap para pelajar dapat memenuhi hari2 cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah. Bantu ibubapa dirumah. Bagi yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun hadapan, harap dapat membuat perancangan dengan teliti.
Ni cerita pasal banjir pulak. Menurut ramalan, bermula sabtu minggu ni; Kelantan, Terengganu dan Pahang akan mengalami hujan berterusan selama 4 hari. Dijangkakan akan berlaku banjir besar seperti tahun lepas. Dinasihatkan kepada semua agar bersedia dan menjaga keselamatan diri. Awasi anak2 yang bermain air. Kalau pihak berkuasa suruh pindah, pindahlah ke tempat selamat. Mungkin Kg. Pangsenam pun banjir juga kali ni.
Sesiapa yang ada handphone, belilah charger dalam kete sebab musim banjir ni kadang2 letrik putus. Makanan pun belilah sikit, takut2 nanti jalan nak ke bandar terputus. Baju ujan dan payung pun cek semula kot2 dah bocor. Lilin, lampu suluh, bateri dan ubat nyamuk bakar pun belilah sekarang.
Ok. Itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih.
4 comments:
6 aku dah beli dah bekalan utk banjir. Sardin cap ayam 2, sardin cap yoes 2, tepung jemput adabi (perasa bilis 4), maggie 10 bungkus...
namun bekalan tersebut hampir susut sekarang, he he he.
nampaknya kena beli lagi.
semakin bagus penulisan kau nan...
kikiki.. banjir belum lagi jankaulu tapi makanan dah susut.. kena buat kajian tu..
tq ne..atas maklumat yang penuh berinformasi...aku kene beli stok dah nie...
teringat pulak masa kite jadik nelayan nie...masa ujan la kite sakan mengail dgn tahan jaring
nelayan? kahkahkah... habis seme tasik n sungai kat uum kita redah. dapat ikan kita bakar kat belakang bilik pakwan.
Post a Comment