Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kita mungkin tak sedar bahawa disekeliling kita wujudnya banyak papan tanda dan simbol tertentu untuk dijadikan panduan atau memberi maklumat kepada mereka yang melihatnya. Mungkin ada juga yang sedar tetapi tidak ambil peduli. Mungkin juga ada juga yang sedar dan ambil peduli.
Semasa memandu kita akan lihat papan tanda yang membawa maksud 'Jalan Sehala', 'No Parking', 'No Entry' dan lain-lain lagi. Begitu juga untuk simbol lampu merah, kuning dan hijau di persimpangan jalan. Merah tandanya berhenti, kuning tandanya bersedia untuk berhenti dan hijau untuk meneruskan perjalanan.
Dibangunan pula kita mungkin akan lihat papan tanda yang membawa maksud 'Staff Only', 'No Smoking', 'Dilarang Masuk', 'Tarik/Tolak', 'Sila Beratur' dan sebagainya.
Namaun begitu, sering kita lihat ada 'makhluk' yang mengabaikannya. Seolah2 ia tidak memberikan apa-apa maksud. Ada yang parking kereta sesuka hati hingga menghalang kelancaran lalulintas. Ada yang menongkah arus trafik seolah2 'jalan sehala' itu tidak digazetkan. Ini belum kita lihat di persimpangan jalan yang ada lampu isyarat.
Kita tidak nafikan memang kita ada sifat nak cepat, nak mudah, nak dekat dan macam2 lagi nak yang memberikan keselesaan kepada kita. Itulah lumrah manusia. Tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain. Mengikut pengalaman saya yang telah memandu lebih 15 tahun ni, kerenah mereka ini amat menyakitkan hati.
Begitu juga didalam bangunan atau premis. Ada segelintir yang melanggar peraturan sesuka hati. Tempat tak boleh merokok, dia merokok sesuka hati. Pastu buat2 tak tau je jika ada orang lain yang menunjukkan keadaan yang tak selesa. Tandas untuk kegunaan Staf digunakan sesuka hati oleh bukan staf hinggakan staf yang tergesa2 kerana banyak kerja, terpaksa menunggu untuk menggunakan tandas. Itu belum kita masuk bab beratur ni. Lagi lah sakit jiwa memikirkannya. Sedih jugak melihat gelagat2 manusia disekeliling kita ni. Tapi kadang2 tu nak tergelak pun ada.
Namun begitu, peraturan yang diwujudkan melalui papan2 tanda dan simbol ini bukanlah untuk menyusahkan atau membezakan antara manusia. Ia hanyalah untuk memudahkan dan menyenangkan kita meneruskan kehidupan. Apa salahnya kita parking jauh jika petak parking didepan bank dah penuh? Adakah berkesan melanggar lampu merah hanya kerana kita telah lambat? Adakah kita ni beradab jika kita sebagai pelajar menggunakan tandas staf sedangkan tandas untuk kita memang telah tersedia?
Kesian kat kerajaan ye, letih buat iklan untuk mendidik masyarakat tapi masyarakat buat tak endah je. Tu belum campur kos buat iklan, kos papan tanda dan macam2 lagi kos.
Sama-samalah kita fikirkan. Bab kata Nabil, Lu pikirlah sendiri... hehehe...Sekian
1 comment:
biasa la nan...akhir zaman agaknye..mende yang dilarang orang suka buat..mende hok di suruh..haram dok buat.....mungkin dugaan untuk kite tuh...
Post a Comment