Monday, November 17, 2008

Anita Sarawak...

Ini pula adalah cover rekod piring hitam Anita Sarawak (Kak Nita - sengaukan sikit bila menyebutnya terutama tang ...ta tu). Tajuk album ni Warna Gambaran Hati. Tahun diterbitkan tak pasti pulak. Rasanya tahun 70an dulu.

Ada 4 lagu juga dalam album ni. Muka satu ada lagu Warna Gambaran Hati (Din Osman/Yusnor Ef) dan lagu Aku Gugor Kekeringan (Akbar Nawab/Yusnor Ef). Manakala muka dua ada lagu Katakan Pada Ku/You Wanted Me To Be Your Baby (Yusnor Ef) dan lagu Sedikit Rasa Chinta/With A little Love (Yusnor Ef).

Untuk lagu Aku Gugor Kekeringan, penerbitnya adalah Kassim Masdor dan susunannya adalah Kassim Masdor juga bersama Reggie Verghese.

Belakang cover album ni pun ada gambar hitam putih Anita Sarawak dan senarai lagu dalam album ni. Tak ingat dah bila last dengar lagu dari piring hitam ni dan koleksi piring2 hitam yang lain kerana player piring hitam dah rosak. Ada sesiapa boleh baiki atau nak jual player yang dimiliki?

7 comments:

jankaulu said...

eh! ayah kau minat jugak Kak Nita? world gitu... Kat bawah tu ada tanda tandatangan sapa?

rupanya dia dah bergaya dari dulu lagi...tapi next time aku nak tau tu taun berapa? macam 60 an kan, baju macam stail langsir sikit, he he he.Tapi Kak Nita pakai apa pun vouge.

tak pernah dengar pun lagu warna gambaran hati ni, tapi mesti lagu tu dinyanyikan dgn bersungguh2 dan penuh penghayatan.

sekarang aku dok giler lagu ungu, kekasih gelapku, he he he.

lagu cinta best dengar walaupun kita tak ada org nak, he he he.

jan: warna gambaran hatiku kelabu...

Eja said...

kalu kak nita dia pakai kain lgsr lilit2 pun dia akan kata cantik.... uhhh!

hisyamrahman said...

wei...sejak biler ne..ko dok layan...lagu2 lama nih

danny said...

kimang
tu sain ayah aku tu... hehehe

CU
ni koleksi lama yang ada dalam simpanan. player je dah rosak

jankaulu said...

sain ayah kau...so maknanya kau kena hormati aku juga, he he he.

danny said...

bakpe pulok?

jankaulu said...

`pada yang tua, kita hormati...'

kan ada lirik lagu hari raya tu 6... tak kan lah tak ingat.Hail Amir nyanyi kot.Bila dengar rasa macam bangga je...