Friday, November 28, 2008

Harga makanan dah turun?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Harga makanan dah turun? Ye ke? Tadi lepas Jumaat saya makan di restoran Vista. Nasi putih, ikan kerisi masak merah dan air neskepi ais. Harganya ialah RM5.50.

Malam semalam lepas lawat anak sedara yang nak ke KL (Maklumlah cuti sekolah), saya makan kat Food Court Taman Impian. Makan Mee sup dan teh terbang. Harganya ialah RM9.00 untuk berdua. Kedai ni memang dah turunkan harga saya rasa sebab sebelum ni harga Mee sup dia ialah RM4.00 semangkuk. Semalam, RM3.50 aje.

Kat restoran Aza pulak (area kolej), saya makan nasi putih, kari kepala ikan tenggiri (sebelah) dan kopi 'o' ais. Kena RM5.50. Saya puas hati sebab kari dia sedap.

Kat restoran Sara Thai pulak selalunya kalau makan berdua harganya mesti lebih RM15. Nasi goreng dia dah RM6.00 sepinggan. Saya puas hati sebab restoran ni nampak ekslusif dan makanannya pun sedap.

Walaupun harga makanan turun atau tak, kita sebagai pengguna/pembeli/pemakan haruslah bijak. Kalau makan kat kedai, saya akan ambik lauk dan sayur seminimum yang mungkin. Sebabnya, kalau nak makan sedap baik masak sendiri je.

Oh ya, saya nak bagitau, buat masa ni saya tak dapat nak letak gambar dalam blog ni sebab pc ni ada problem sikit. Bila nak upload gambar, ia akan hang. Malas lagi nak lapor kat Pianz (Pakar komputer kat shahputra)sebab masalah kecik je. Lagi pun kalau Pianz nak baiki, pasti dia ambik pc ni jadi, masalah besar la untuk saya kerana kehilangan pc buat beberapa hari. Dah tahap nazak nanti baru la saya lapor nanti. hehehe...

Sekian. Terima kasih. Selamat bercuti di hujung minggu.

Tuesday, November 25, 2008

Papan tanda dan simbol sudah tak berguna lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kita mungkin tak sedar bahawa disekeliling kita wujudnya banyak papan tanda dan simbol tertentu untuk dijadikan panduan atau memberi maklumat kepada mereka yang melihatnya. Mungkin ada juga yang sedar tetapi tidak ambil peduli. Mungkin juga ada juga yang sedar dan ambil peduli.

Semasa memandu kita akan lihat papan tanda yang membawa maksud 'Jalan Sehala', 'No Parking', 'No Entry' dan lain-lain lagi. Begitu juga untuk simbol lampu merah, kuning dan hijau di persimpangan jalan. Merah tandanya berhenti, kuning tandanya bersedia untuk berhenti dan hijau untuk meneruskan perjalanan.

Dibangunan pula kita mungkin akan lihat papan tanda yang membawa maksud 'Staff Only', 'No Smoking', 'Dilarang Masuk', 'Tarik/Tolak', 'Sila Beratur' dan sebagainya.

Namaun begitu, sering kita lihat ada 'makhluk' yang mengabaikannya. Seolah2 ia tidak memberikan apa-apa maksud. Ada yang parking kereta sesuka hati hingga menghalang kelancaran lalulintas. Ada yang menongkah arus trafik seolah2 'jalan sehala' itu tidak digazetkan. Ini belum kita lihat di persimpangan jalan yang ada lampu isyarat.

Kita tidak nafikan memang kita ada sifat nak cepat, nak mudah, nak dekat dan macam2 lagi nak yang memberikan keselesaan kepada kita. Itulah lumrah manusia. Tapi janganlah sampai menyusahkan orang lain. Mengikut pengalaman saya yang telah memandu lebih 15 tahun ni, kerenah mereka ini amat menyakitkan hati.

Begitu juga didalam bangunan atau premis. Ada segelintir yang melanggar peraturan sesuka hati. Tempat tak boleh merokok, dia merokok sesuka hati. Pastu buat2 tak tau je jika ada orang lain yang menunjukkan keadaan yang tak selesa. Tandas untuk kegunaan Staf digunakan sesuka hati oleh bukan staf hinggakan staf yang tergesa2 kerana banyak kerja, terpaksa menunggu untuk menggunakan tandas. Itu belum kita masuk bab beratur ni. Lagi lah sakit jiwa memikirkannya. Sedih jugak melihat gelagat2 manusia disekeliling kita ni. Tapi kadang2 tu nak tergelak pun ada.

Namun begitu, peraturan yang diwujudkan melalui papan2 tanda dan simbol ini bukanlah untuk menyusahkan atau membezakan antara manusia. Ia hanyalah untuk memudahkan dan menyenangkan kita meneruskan kehidupan. Apa salahnya kita parking jauh jika petak parking didepan bank dah penuh? Adakah berkesan melanggar lampu merah hanya kerana kita telah lambat? Adakah kita ni beradab jika kita sebagai pelajar menggunakan tandas staf sedangkan tandas untuk kita memang telah tersedia?

Kesian kat kerajaan ye, letih buat iklan untuk mendidik masyarakat tapi masyarakat buat tak endah je. Tu belum campur kos buat iklan, kos papan tanda dan macam2 lagi kos.

Sama-samalah kita fikirkan. Bab kata Nabil, Lu pikirlah sendiri... hehehe...Sekian

Monday, November 24, 2008

Marah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Menurut Datuk Dr. Fadilah Kamsah, ada kajian yang mengatakan bahawa kita ni apabila marah sebenarnya tempohnya hanyalah 4 minit sahaja. Yang selebihnya adalah emosi.

Maknanya kat sini, apa yang kita ungkit2kan bila marah kat orang tu ialah emosi lah. Begitu juga jika marah kita tu meleret2 hingga tiga empat hari tak habis2 lagi... so, emosi lah tu rupanya.

Marah ni selalunya berpunca daripada sesuatu perkara atau keadaan yang berlaku yang tak memuaskan hati kita. Antaranya, lecturer marahkan student lambat hantar assignment, ibubapa marahkan anak lambat bangun tidur, bos marahkan pekerja yang tak buat kerja, isteri marah suami tak beli belacan, kawan marah kawan tak jemput makan jamuan dll.

Kadang2 bila marah, kita kaitkan kepada perkara yang tak ada kaitan langsung. Contohnya kita marahkan student datang lambat ke kelas tetapi kita kaitkan dengan muka dia tak hensemlah, keturunan bodohlah dan lain-lain lagi.

Amat payah nak pisahkan marah dengan emosi. Sebab ia saling berkaitan. Pulak tu ada pulak campur tangan setan yang direjam. Tapi walaupun begitu, kita haruslah kawal kemarahan kita. Lagi pun buruk sangat rupa orang marah. Ada yang marah dengan muka yang merah, pipi bergetar2, suara tersekat2, mata membulat kemerahan dll. Ada tu sampai memecahkan barang2, membaling pinggan mangkuk, menghempas pintu dll.

Kalau masa kita marah tu kita sedang berdiri, maka duduklah. Kalau masa tu kita sedang duduk, maka berbaringlah. InsyaAllah kemarahan kita akan berkurangan dan reda. Petua Cikgu saya dulu dia kabor kalau marah, sila tengok kuku jari tangan kita...pasti hati kita tenang. Tak percaya? Trylah...

Moralnya kat sini kalau tengah marah tu, jangan lupa setkan masa. Lebih 4 minit, stoplah kemarahan tu. Hehehe... Jangan marah aaaa...

Friday, November 21, 2008

Tugasan pangsenam...

Blog ni dah kena tag oleh blog noni. Maknanya kena la jawab beberapa soalan. Ni first time kena tag. Rupanya tag-mengetag ni dah jadi cam budaya dalam duania blog... agaknye la. Ok la, ni ada beberapa jawapan ringkas.

THREE NAMES THAT FRIEND CALL YOU

1. Dene - UUM
2. Nan - Opis
3. Nan Amid - kat TAHAP

THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE

1. 26.03.197_
2. 19.09.2004
3. 14.05.197_

THREE WAYS TO BE HAPPY

1. Baca majalah Wisel dan Gila-Gila
2. Jalan2 ke bandor
3. Belek buku muroh kat taman kerang n stadium

THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW

1. Sweet Child O mine - Gun n Roses
2. Karam - Zabarjad
3. Always - Bon Jovi

THREE PERSON YOU MISS FROM YOUR PAST

1. Beberapa rakan-rakan xshahputra
2. Arwah kakak kembar, arwah adik bongsu, arwah wan, aki dan tok
3. Kawan2 sekoloh menengah

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE THREE OF YOUR FAVORITER

1. Kalau dapat hadiah pakej umrah/haji ke Mekah
2. Buku
3. Rak buku

HOBBIES

1. Baca
2. Berkebun
3. Tengok tv (Lost, Amazing Race, UFC, Mythbuster, Man vs Wild, Tilawah interaktif)

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION

1. Cameron Highland
2. Langkawi
3. Kg. Pangsenam

THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTER

1. Spongebob Squarepants
2. Kampung Boy
3. Tom n Jerry

THREE MALLS YOU USUALLY GO TO

1. Kuantan Parade
2. Megamall
3. Giant

THREE FAVORITE DRINKS

1. Teh terbang
2. Neskepi terbang
3. Sirap Bandung

THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG

Tak bawak beg.

THREE FAVORITE COLOURS

1. Mambang merah
2. Mambang ijo
3. Mambang biru air laut

TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH

1. Sambal (memcepu, terung asam, mempelam, petai, belachan)
2. Mee goreng mamak
3. Rotcai (roti canai)

TOP THREE 'THINGS' SPECIAL TO YOU

1. Buku
2. Barang antik
3. No 31, lorong 14/25

TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE

1. Jujur
2. Pemurah
3. rajin

TOP THREE FACES YOU LIKE

Semua suka sama sahaja

THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW

1. Makan
2. Berkebun
3. Internet

TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME

1. Buat modul dan nota tentang rujukan APA
2. Cari idea n bahan penulisan blog
3. Khidmat nasihat

Ok. Itu sahaja jawapan bagi saya. Tak pernah buat ni, ni la first time. Untuk penulis tamu bagi pangsenam.blogspot, boleh la juga wat posting ni. Amat dialu-alukan.

Saya cuma nak tag 3 orang je. So, yang 3 orang ni diharap boleh la jawab soalan2 diatas dengan jujur. hehehe... Blog yang bertuah ialah:

1. Madier

2. Cokdang

3. Ustad Asmadi.

Keputusan Polling 1

Pada 14 Oktober 2008, pihak pangsenam.blogspot telah mengadakan satu tinjauan. Tajuknya ialah Adakah anda bersetuju dengan penganugerahan Datuk kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan? Pengunjung hanya perlu menjawab 'Ya' atau 'Tidak'.

Semalam, 20 November 2008 polling tersebut telah berakhir. Hasilnya 40 orang pengunjung telah mengambil bahagian. 39 orang tidak bersetuju iaitu merangkumi 98%, manakala 1 orang bersetuju iaitu 2%. Terima kasih kepada pengundi.

Wednesday, November 19, 2008

Online business...worth it?





Mungkin ramai telah mengetahuinya dan telah menggunakannya, mungkin ramai mendapat faedah tidak kurang juga yang menjadi mangsa dalam pengurusannya.

 Dalam kata lain perniagaan kecil-kecilan atau jualan terus di zaman siber ini memang benar-benar berlaku dan ianya hanya di hujung jari kita saja.

 Antara perniagaan siber terdapat kala ini adalah ebay (pelbagai, antarabangsa), lelong (pelbagai, Malaysia) dan mudah (pelbagai, Malaysia) dan perbandingan antaranya. Anda boleh membeli/menjual dari sekecil-kecil barang hinggalah sebesar-besarnya.

Perbandingan

 

 

ebay

lelong

mudah

Registration

×

Payment

PayPal

COD, Bank-in

COD, Bank-in

Management

ebay

Direct

Direct

That's all for now folks...

Tuesday, November 18, 2008

Ibadah Haji...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Maksud haji mengikut bahasa ialah mengunjungi ke tempat mulia kerana melakukan ibadat. Pada istilah syarak pula ialah mengunjungi Baitullah di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu di sana.

Ibadat haji merupakan fardu ain bagi tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya, iaitu sekali dalam seumur hidup dan menjadi sunat pula jika dikerjakan lebih dari itu melainkan dengan bernazar. Ia difardukan dalam Islam kira-kira pada tahun kelima selepas Nabi berhijrah ke Madinah.

Orang yang wajib mengerjakan haji ialah orang yang mempunyai syarat-syarat iaitu:

  1. Orang-orang Islam
  2. Sampai umur
  3. Sempurna akal
  4. Merdeka diri dan;
  5. Berkuasa atau berkemampuan untuk menunaikannya.

Pihak pangsenam.blogspot.com mengucapkan Selamat mengerjakan ibadah Haji kepada semua bakal haji pada tahun ni. Semoga dapat haji yang mabrur.

Monday, November 17, 2008

Anita Sarawak...

Ini pula adalah cover rekod piring hitam Anita Sarawak (Kak Nita - sengaukan sikit bila menyebutnya terutama tang ...ta tu). Tajuk album ni Warna Gambaran Hati. Tahun diterbitkan tak pasti pulak. Rasanya tahun 70an dulu.

Ada 4 lagu juga dalam album ni. Muka satu ada lagu Warna Gambaran Hati (Din Osman/Yusnor Ef) dan lagu Aku Gugor Kekeringan (Akbar Nawab/Yusnor Ef). Manakala muka dua ada lagu Katakan Pada Ku/You Wanted Me To Be Your Baby (Yusnor Ef) dan lagu Sedikit Rasa Chinta/With A little Love (Yusnor Ef).

Untuk lagu Aku Gugor Kekeringan, penerbitnya adalah Kassim Masdor dan susunannya adalah Kassim Masdor juga bersama Reggie Verghese.

Belakang cover album ni pun ada gambar hitam putih Anita Sarawak dan senarai lagu dalam album ni. Tak ingat dah bila last dengar lagu dari piring hitam ni dan koleksi piring2 hitam yang lain kerana player piring hitam dah rosak. Ada sesiapa boleh baiki atau nak jual player yang dimiliki?

Siapakah Pihak Berkuasa Tempatan Anda?

Setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) ialah pihak berkuasa yang ditubuhkan bawah undang-undang termasuk Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Subseksyen 5(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memperuntukkan kuasa kepada PBT untuk menjadi pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT).

Ini bermaksud mana-mana PBT seperti majlis daerah, majlis perbandaran, majlis atau dewan bandaraya atau mana-mana perkataan lain yang bermaksud ia sebagai PBT adalah PBPT dalam kawalan pentadbirannya.

Subseksyen 5(2) memperuntukkan bagi kawasan di luar sesebuah PBT, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri ialah PBPT bagi kawasan tersebut.

Secara khususnya, setiap PBT mempunyai jabatan atau unit perancangan bandarnya. Jabatan atau unit ini adalah unit yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perancangan Bandar bagi kawasan pentadbiran PBT tersebut.

PBT merupakan hierarki ketiga di dalam sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. PBT terletak di bawah Kerajaan Tempatan yang mana ia mempunyai urusan secara langsung dengan penduduk tempatan.

PBPT merupakan pihak yang mengendalikan urusan perancangan yang berkaitan dengan hal ehwal tempatan. Fungsi PBPT adalah berkait rapat dengan urusan perancanngan yang dijalankan di peringkat tempatan yang mana ia menawarkan khidmat kepada orang awam.

Antara fungsi yang ditonjolkan daripada PBPT ialah :

  1. Memproses permohonan pelan pembangunan yang dikemukakan;
  2. Mengawal aktiviti pembangunan gunatanah melalui pemakaian akta dan garis panduan;
  3. Mengeluarkan garis panduan dan piawaian perancangan yang terperinci terhadap pembangunan;
  4. Menyelaras dan melaksanakan dasar dan strategi rancangan pemajuan yang telah diwartakan kepada bentuk fizikal dalam pentadbirannya; dan
  5. Menjalankan kajian dan kaji selidik perancangan pembangunan
  6. Berfungsi sebagai fasilitator kepada pembangunan kawasan pentadbirannya dan juga memenuhi hasrat dan permintaan penduduknya

Thursday, November 13, 2008

Persediaan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni result UPSR keluar. Tahniah kepada semua calon yang berjaya. Semoga dapat menempuh peperiksaan yang lebih besar dimasa akan datang. Tahniah juga kepada semua guru yang mengajar mereka. Kepada pelajar, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada guru2 anda. Juga kepada ibubapa, tanamkan sikap menghormati guru didalam fikiran anak masing2.

Cuti sekolah akan bermula minggu ni. Diharap para pelajar dapat memenuhi hari2 cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah. Bantu ibubapa dirumah. Bagi yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun hadapan, harap dapat membuat perancangan dengan teliti.

Ni cerita pasal banjir pulak. Menurut ramalan, bermula sabtu minggu ni; Kelantan, Terengganu dan Pahang akan mengalami hujan berterusan selama 4 hari. Dijangkakan akan berlaku banjir besar seperti tahun lepas. Dinasihatkan kepada semua agar bersedia dan menjaga keselamatan diri. Awasi anak2 yang bermain air. Kalau pihak berkuasa suruh pindah, pindahlah ke tempat selamat. Mungkin Kg. Pangsenam pun banjir juga kali ni.

Sesiapa yang ada handphone, belilah charger dalam kete sebab musim banjir ni kadang2 letrik putus. Makanan pun belilah sikit, takut2 nanti jalan nak ke bandar terputus. Baju ujan dan payung pun cek semula kot2 dah bocor. Lilin, lampu suluh, bateri dan ubat nyamuk bakar pun belilah sekarang.

Ok. Itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih.

Tuesday, November 11, 2008

Sambal Petai Mok

Seperti yang dijanjikan, inilah cara2 nak buat sambal petai cara Pangsenam. Resepi ni di namakan Sambal Petai Mok (Ringkasan panggilan bagi Emak). Gambar petai, petai yang dah dikikis dan sambal petai yang dah siap boleh merujuk ke posting sebelum ni. Nanti ujung minggu, boleh lah ke pasar malam cari petai dan try buat kat rumah.

Sambal Petai Mok

Bahan:

  1. Petai (4 keping/ papan) - dah jadi boleh dpt dlm 2 cawan, berapa gm tak pasti lah pulok (Petai ni kait dari pokok kat sebelah rumah)
  2. Ikan bilis sedang/ putih (1 1/2 cawan) ditumbuk kasar
  3. Lada boh (2 senduk / 10 sudu besor ) - seelok2nya guna lada kering & buatlah paste nya
  4. Bawang besar (1 biji) dihiris
  5. Bawang merah (6 ulas) – ditumbuk/kisar (3 sudu besar)
  6. Bawang putih (4 ulas) - ditumbuk/kisar (1 sudu besar)
  7. Asam keping ( 2 keping)
  8. Santan pekat dari ½ biji kelapa ( 800 ml) Bekalan kelapa dari kebun kat rumah arwah Tok di belakang Masjid Kg Pangsenam
  9. Gula - 2 sudu besar biar lebih skt (boleh gak dicampur ngan gula kabung/ gula melaka)
  10. Garam - 1 sudu besar Minyak masak
Cara:

1. Petai - kulitnya dikikis sampai hilang warna hijau kemudian dipotong2 (1cm), rendam dlm air agar warnanya tak lebam.

2. Panaskan minyak masak

3. Ikan bilis digoreng lembab, ketepikan/ tuskan

4. Lada boh, bawang merah+putih + sedikit gula ditumis sehingga wangi

5. Masuk petai, kaut balik dlm 5- 10 minit bg layu sikit kulitnya (boleh nampak setengah isinya dah terkeluar dari kulit).

6. Masukkan ikan bilis + asam keping + bawang besar ( bahan2 tadi biar ampuh dgn santannya & timbuk takut pecah minyak) - dlm 10 minit, jagan lama sangat sebab kalau isi petai dah terlalu masak dan lembik, jadi tak sedaplah pulak.

7. Seimbangkan rasa pedas , manis, masin, masam dan lemak.

8. Pastikan asam keping ni dibuang bagi mengelakkan rasa masam akan 'mencacatkan' rasa sambal petai kita.

Selamat Mencuba

M. Daud Kilau


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gambar ni adalah cover untuk album M. Daud Kilau. Ni album dulu ni, rekod piring hitam. Ada empat lagu dalam album ni rasanya. Tajuk album ni ialah Isteri Durhaka. Lupa pulak tajuk lagu yang lain. Ni antara koleksi piring hitam yang ada saya simpan (diamanahkan simpan).

Lain kan M. Daud Kilau dulu dan sekarang. Takkan tak kenal M. Daud Kilau? Yang ada berlakon dalam citer Man Laksa tu... arahan Mamat Khalid.

Friday, November 7, 2008

Sambal Petai...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya dah bagitau yang saya memang tak makan ulam petai mentah2. Walaupun kat kebun ada pokok petai dan majoriti ahli keluarga makan petai tetapi saya memang tak usik pun petai ni walaupun ada di meja hidangan. Maknanya kat sini, tak semua orang kampung makan ulam petai. hehehe...
Ni la rupanya petai hasil pokok di kebun kami. Selalunya bila nak makan, boh akan mengaitnya kat pokok. Yang paling cekap kait petai sudah semestinya boh la, diikuti abang dan adek. Nampak tak ulas2 petai tu? Gemuk kan?Nak buat sambal petai, kulit tu kita kikis dulu. Ni stail Pangsenam punya. Ada stail yang kupas dan ambik ulasnya sahaja. Lepas kikis tu kita potong la kecik2. Ah! nantilah saya bagi resepi. Ni citer pasal petai sahaja la.

Dah jadi pun sambal petai. Campur dengan ikan bilis tumbuk je. Ikan bilis pun bukan sebarangan yang boleh guna. Ada jenis2nya sahaja. Stail ni tak campur udang. Makan ngan nasik pas semayang jumaat bapok bestnye. Kami sekeluarga selalunya sebelum balik ke kl atau kuantan, akan buat bekal sambal ni. Dapat makan kat umah. Nanti saya bagi resepi ye.

Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bulan lepas, antara buku yang habis dibaca ialah buku yang bertajuk Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara tulisan Syed Husin Ali. Buku ni harganya RM20, beli kat Popular Bookstore Kuantan. Ia diterbitkan semula oleh Strategic Information and Research Development Centre.

Ringkasnya, buku ini ialah catitan pengalaman Syed Husin yang ditahan hampir 6 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau ditahan berikutan demonstrasi pelajar di Baling dan membantah kemiskinan serta kenaikan harga barang pada tahun 1974 (saya tak lahir lagi).

Selepas ditahan hampir 2 tahun di Kamunting, beliau dikurung secara berseorangan selama 6 bulan ditempat yang tidak diketahui di Kuala Lumpur. Semasa itu, beliau disoal-siasat dan dikenakan berbagai-bagai penyeksaan serta deraan.

Dua Wajah menarik kerana pengalaman peribadi dikaitkan dengan beberapa latar belakang sosial dan politik pada masa itu.

Bagi saya buku ini bukanlah buku politik. Ia sekadar secebis pengalaman yang ditulis oleh seorang individu yang pernah ditahan dibawah ISA. Individu itu ialah Dr. Syed Husin Ali, seorang Profesor antropologi dan Sosiologi di UM tempat beliau pernah berkhidmat selama 28 tahun.

Thursday, November 6, 2008

Ikan Lampam...


Ni ikan lampam (sejenis ikan sungai). Ia banyak terdapat dalam sungai Pahang. Kalau di Temerloh, kita boleh beli ikan ni kat pekan sehari Temerloh (di sepanjang tebing sungai Pahang)setiap hari ahad. Ada yang kecik dan ada yang besar.

Ikan ni sedap jika digoreng . Begitu juga dengan telurnya. Ada sesetengah orang akan bakar telur ikan ni yang dibalut dengan daun pisang. Ikan atas ni dah disiang. Akan di goreng dengan telur2nya sekali. Makan dengan nasik memang sedap. Makan sekali dengan sambal mencepu. Pergh!!!

Sambal Belacan Mencepu...


Inilah rupanya sambal belacan buah mencepu. Cara nak buatnya sama je dengan sambal belacan yang lain cuma yang ni sambal tu digaulkan dengan buah mencepu. Makan dengan nasik memang sedap!!!

Motivasi kerja...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Posting ni diambil maklumatnya dari email. Harap dapat memotivasikan diri kita yang bergelar pekerja.

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... " -- Datuk Dr. Fadilah Kamsah.

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'datang bekerja' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'tak datang' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita busy giler, rupanya kita hanya 'kelam kabut'.

3. Adakala kita rasa kita 'prihatin', tapi rupanya kita busy body.

4. Adakala kita rasa kita open minded and out spoken tapi rupanya kita 'kurang ajar'.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran kritis rupanya kita hanya lebih kepada kritik yang mencipta krisis.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi lebih mesra tapi rupanya kita di lihat lebih mengada.

7. Adakala kita suka bertanya 'kenapa dia ni macam takde kerja', adalah lebih baik kita tanya 'apa lagi kerja yang aku boleh buat?'.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan anjakan paradigma, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan. Kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya.

Gambar 3 keping ni je...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua...

Sekarang baru nak cerita pasal Jamuan Raya malam tu yang majikan buat. Bukan nak cerita pasal perjalanan majlis yang meriah, pasal lakonan, pasal diri aku yang bertuah yang dapat hamper dan lain-lain lagi. Tapi nak citer pasal gambar 3 keping ni.

Ni je gambar majlis tu yang sempat ambik. Kenapa 3 keping je? Sebabnya, bateri kamera dah abis. Tak cukup charge gamoknya. Tak pun rechargerable battery aku dah kong. Bawak 4 bijik, keempat2 bijik kong. Sudahnya gambar dengan hamper terpaksa la mengemis kamera handphone orang. Dengar citer ada mamat tu yang ada kamera yang mahal, besar, panjang dan tinggi pun abis bateri hehehe...


Ni la gambornya. Majlis belum start lagi. Kalau tak, pasti banyok gambor aku ambik.

Tuesday, November 4, 2008

Galah...

Galah ni dibeli untuk mengait petai. Ia sepanjang 40 kaki dan boleh disambung-sambung. Ia ringan dan harganya dalam lingkungan RM170. Bahannya diperbuat dari aluminium.

Galah ni dibeli menggunakan duit hasil jualan petai jugak. Kat kebun ni ada 2 batang pokok petai yang sudah agak tinggi. Hasil jualannya amat lumayan disamping makan sendiri. Sebelum ni, petai ni dikait menggunakan galah buluh je. Galah buluh ni berat dan payah nak mengendalikannya. Maka, dengan adanya galah baru ni, mudah lah nak mengait petai. Boleh guna juga untuk mengait buah cempedak yang tinggi.

Walaupun ada pokok petai tetapi saya tak makan ulam petai... cuma sambal petai je makan.