Thursday, March 31, 2011

Island hopping: Pulau Dayang Bunting...

Sekarang musim jaga exam dan menanda kertas di sini. Letih juga menanda kertas ni. Jangan ingat kerja menanda kertas ni senang. Ia akan melibatkan emosi juga kadang2 tu.


Ok, lupakan tentang menanda kertas ni. Kalau nak diikutkan kerje, memang tak abis. Kali ni mari kita teruskan perjalanan ke Langkawi lagi. Kita ke Pulau Dayang Bunting. Saya sempat ke sana menaiki bot semasa bercuti bulan lepas.


Kita kene bertolak waktu pagi. Kat sini lah kita boleh naik bot. Pastikan pakai baju yang bersesuaian. Digalakkan pakai track suit.


Bermulalah pengmbaraan kita dengan bot laju ni. Amat la lajunye....


bila sampai kat pulau tu, bot akan parking tunggu kita menjelajah pulau dayang bunting (dalam kata lain pergi ke tasik dayang bunting). Tuan bot bagi masa 1 jam untuk berada di pulau ni. Perjalanan ke tasik dayang bunting pula ialah 20 minit berjalan kaki pergi balik. Ni lah jetinya kat pulau dayang bunting. Hati2... banyak kera disini. Jangan keluarkan makanan, nanti kera2 ni rampas. Ni lah tasik dayang bunting...
boleh mandi2 disini. Orang putih ramai berjemur...

No comments: