Wednesday, March 9, 2011

Galeri Perdana...

Dalam paper hari ni ada berita tentang pelancaran buku memoir Tun Dr. Mahathir Mohammad iaitu mantan perdana menteri malaysia yang keempat.

Posting ni bukan nak cerita tentang memoir tersebut tapi nak cerita sedikit perkara yang ada kaitan dengan Tun, iaitu Galeri Perdana di Langkawi.

Galeri Perdana ni menempatkan himpunan hadiah yang diterima oleh Tun sepanjang menjadi Perdana Menteri. Ada juga hadiah untuk Tun Dr Siti Hasmah.

Galeri ni terletak di Kilim iaitu lebih kurang 12km dari pekan Kuah. Masuk dalam ni kene bayar RM3. Kalau nak bawak kamera kene bayar RM2 untuk 1 kamera.

Ni antara hadiah yang dipamerkan.

Ada pelbagai jenis hadiah dipamerkan di bangunan 2 tingkat ni. Ni gambo kasut pacu kuda hadiah dari syarikat MTD Capital Berhad Santiago,Chile.

Ni koleksi kereta. Kereta F1 petronas pun ada.

Pendek kata kalau kita tengok hadiah ni sambil membaca penerangan tentang hadiah tersebu, nescaya mau makan masa lebih 4 jam. Sebabnya, terlalu banyak hadiahnya. Memang bagus galeri ini diwujudkan.

So, kalau ke Langkawi disamping shopping sakan kat Haji Ismail Group dan Idaman Suri, moleklah kesini juga.

No comments: