Thursday, March 31, 2011

Hantu...

Sekarang banyak benar filem cerita hantu yang ditayangkan. Macam2 tajuk antaranya Hantu Kak Limah Balik Rumah, Khurafat dan lain2. Bahkan ada stesen tv tu tayangkan program mencari hantu (entiti) yg dihoskan oleh uncle seekers. Pernahkah jumpa dengan hantu? Atau tahu ada kehadiran hantu?

Saya teringat pengalaman saya di Shahputra Pekan dulu. Kira2 8 tahun yang lalu, saya mengajar student matrik di Pekan. Kami lecturer2 yang bujang selalu 'melepak' di kolej pada malam hari. Pada satu hari tu, saya keseorangan duduk dimeja saya dibilik lecturer (tingkat atas). Kononnya nak membaca la sikit, maklumlah masa tu baru 2 tahun bergelar lecturer.

Jam masa tu rasanya menunjukkan antara pukul 9 - 10 malam. Saya tak tau kenapa malam tu saya seorang je ada. Selalunya ada la juga member lain seperti ky, lokman, suki dll.

Sedang syok membaca tu saya terdengar kat belakang sebelah kanan saya bunyi berkriut (macam bunyi kerusi kerja kita bila kita duduk sebab berat berlebih). Eh! ada org datang ke? kata saya dalam hati. Masa tu bilik lecturer merupakan satu bilik yang luas yang dikongsi beramai2. Hanya dipisahkan oleh partition je.



Saya pun menoleh ke belakang nak tengok sape yang datang. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat kerusi yang berbunyi tadi tu berpusing-pusing. Kaki kerusi tak bergerak tapi hanya bahagian yang kita duduk tu je berpusing.


Bulu roma kat tengkuk saya dah mula naik. Pintu keluar menghala ke library tu nampak macam jauh. Saya bingkas bangun dan terus meluru ke pintu. Saya berjalan laju (berlari) untuk turun kebawah sambil buat2 telefon (ni penting supaya student yang ada kat bawah tu nampak kita seolah2 sibuk, padahal kita takut).


Ni lah pengalaman satu anatra dua yang saya alami di Shahputra Pekan. Pengalaman yang kedua nanti saya cerita, kali ni lebih dahsyat sebab siap ada bau lagi.

3 comments:

sukiman said...

ada watak saya dalam cerita tersebut, suki tu sayalah (kes nak tumpang glamour ni, he he he)

Umar said...

en.denan...bile baca cerita nih...rase lawak lebih banyak dari seram....kelakor...hehehhehe...bijak betul en.denan menstatikkan kemachoan diri di hadapan student wpun dlm berkeadaan takut yg terlampau....hehehhe...

wawadave said...

i got ghost story in class.. dgn budak2 pnuh 1 kls.. keji btul.. tp experience la kan