Tuesday, March 10, 2009

Taman Hidupan Liar Lok Kawi...

Assalamualaikum...

Rasanya belum terlambat nak mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul. Baru hari ni berkesempatan menulis setelah sekian lama.

Seperti yang dijanjikan, kali ini nak meneruskan cerita ke Sabah dulu. Belum habis lagi. Kali ni ceritanya tetap sama iaitu cerita bergambar tentang lawatan ke Taman Hidupan Liar di Lok Kawi. Rasanya dalam 30KM dari Kota Kinabalu. Kami pergi hari Isnin. Flight balik pukul 3.30 petang, so pagi tu selepas makan, sempat la ke taman ni.

Ni pintu masuk ke Taman tu. Kena beli tiket kat sini. Dewasa RM10 seorang.Rimau ada. Sian dia, sekor je.
Bergambar kat papan tanda tempat Orang Utan

Ni tak tau namanya. Tapi kat kawasan musang la.

Ni la yang nak tengok sangat ni. Monyet idung besar atau nama saintificnya ialah Proboscis Monkey.

Gajah pun ada tapi tak tahan kuat ngat bau najisnya...

Ok. Selesai sudah lawatan ke Taman Hidupan Liar Lok kawi. Rasanya dalam 2 jam juga berada disini. Kita boleh jalan kaki atau naik trem. Terpulang pada kekuatan kaki dan kekebalan kepala menahan panahan mentari. Thank You, come again. InsyaAllah...

1 comment:

Jankaulu said...

Lama tak perati gelagat binatang liar, lama tak g zoo.

Best gi jalang kan...

leni dok perati gelagat manusia liar je, he he.