Tuesday, March 24, 2009

Jawapan untuk Jangkaulu...

Assalamualaikum...

Sekarang kedua-dua pc aku kat office dan umah ada problem. Pc kat office ada virus (pointer mouse bergerak laju dan terklik sendiri) manakala pc umah pula takleh nak upload gambar ke dalam blog, taktau la disebabkan broadband atau setting pc. Oleh itu, semangat untuk menulis jadi menurun. Bila semangat menurun, tak terupdate la blog.

Waktu sekarang juga adalah waktu yang agak sibuk. Maklumlah dah hujung semester. Dalam sibuk2 tu pun, sempat lagi membaca blog kawan. Ia satu kemestian. Kat rumah pulak sibuk dengan kerja2 partime.

Idea untuk menulis memang banyak tetapi nak mengolah ayat tu yang malas tu. Pulak tu ditambah pula dengan masalah nak upload gambar. Mana best posting takde gambar. Sekarang ni ada posting terakhir tentang perjalanan ke Sabah. Tapi tak boleh letak gambar, tu yang tertangguh tu.

Setakat ni belum terfikir untuk berhenti berblog. Agenda pangsenam di alam blog belum tercapai lagi. Bila dah tercapai nanti, baru difikirkan semula. Ok lah itu sahaja untuk kali ini. Diharap problem pc ni akan selesai dan dapatlah berblog dengan aman. Ni pun tumpang pc orang lain.

Kenapa tajuk posting ni macam tu? Nak tau? Tanyalah Jangkaulu...

Wassalam

No comments: