Monday, March 16, 2009

Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain...

Assalamualaikum...


Ni buku terbaru yang telah habis saya baca. Buku ni ditulis oleh Afareez Abd. Razak Al-Hafiz dan diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn. Bhd.

Secara ringkasnya, buku ini menjawab persoalan siapakah Raja Iskandar atau Alexander The Great yang sebenar. Dari buku ini kita juga dapat tahu bahawa Raja Iskandar ini tidak sesuai disandarkan dengan gelaran Zulkarnain, satu gelaran yang diberikan oleh Al-Quran.

Berbekalkan kajian mendalam melibatkan pandangan dan kajian tokoh-tokoh agama, pakar sejarah dan para intelektual, buku ini memuatkan perbincangan lengkap disertai dengan hujah-hujah bernas bagi menjelaskan tokoh yang paling sesuai disandarkan dengan gelaran Zulkarnain.

Jangan lepaskan peluang untuk membaca buku ini. Buku ini sesuai untuk dijadikan koleksi di mini library kita. Harganya cuma RM17.50, agak murah berbanding dengan novel Harry Potter and The Sorcerer's Stone yang baru saya beli dengan harga RM19.90.

1 comment:

Jankaulu said...

bestnya ada mini library...