Sunday, March 1, 2009

Mata air panas Poring...

Assalamualaikum...

Selepas kami melawat ke tempat pendakian Gunung Kinabalu, kami teruskan melawat ke Mata Air Panas Poring. Ni on the way je ke Ladang Sabah Tea.

Mata air panas ni macam hutan lipur je tetapi ia dah jadi Tapak Warisan Dunia.Pemandangan hutan amat cantik.
Lorong jalan kaki ke kolam air panas pun berturap dan lalu dalam hutan
Kat batu tu kolam air panasnya. Airnya panas... boleh merebus telur.

Nampak tak asap air panas tu? Rasanya kita tak boleh mandi dalam kolam ni sebab panas sangat. Berbeza dengan kolam air panas di Bentong. Kat sana kita boleh berendam dalam kolamnya.
Ramai pelancong asing datang sini. Yang duk bergambar tu nyonya dari Singapore. Org putih pun ada.

Ada gak kolam mandi.

Dalam perjalanan ke kolam tu kita dihiburkan dengan deruan jeram yang terdapat kat situ. Jambatan gantung pun ada. So, bagi yang suka keindahan hutan, bolehlah melawat ke sini jika ke Sabah.

No comments: