Thursday, March 26, 2009

Jawapan Tag...

Assalamualaikum...

Blog ni kena tag lagi. Tak tau kali ke berapa. Jadi, sementara tak sibuk ni, try la nak menjawabnya. Lagipun senang je.

THE RULES

It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

1. What is your name: Danny

2. Four letter word: Dadu

3. A boy's name: Dzulhusni Anjang (Nama senior kat UUM)

4. A girl's name: Demi Moore

5. An occupation: Drebar lori

6. A color: Darah

7. Something you'll wear: Dunhill T'Shirt

8. A food: Dadih

9. Something found in the bathroom: Dynamo

10. A place: Damansara

11. A reason for being late: Doing partime work

12. Something you'd shout: Damn!!!

13. A movie title: Do Re Mi

14. Something you drink: Drinho Soya

15. A musical group: Damasutra

16. An animal: Dugong

17. A street: Dato' Lim Hoe Lek

18. A type of car: Daihatsu Charade

19. The title of a song: Do You Smell What The Rock is Cookin'

Ok. Dah siap. Nak tag 3 org ni sahaja:

1. Sukimang Al-Haj sebab dia akan tag blog ejaabbas pulok.

2. Madier Al-Haj sebab dia akan tag blog cokdang pulok.

3. McZue Al-Haj sebab dia akan tag blog Abg Remmy pulok (Aku kan abang...)

Tuesday, March 24, 2009

Jawapan untuk Jangkaulu...

Assalamualaikum...

Sekarang kedua-dua pc aku kat office dan umah ada problem. Pc kat office ada virus (pointer mouse bergerak laju dan terklik sendiri) manakala pc umah pula takleh nak upload gambar ke dalam blog, taktau la disebabkan broadband atau setting pc. Oleh itu, semangat untuk menulis jadi menurun. Bila semangat menurun, tak terupdate la blog.

Waktu sekarang juga adalah waktu yang agak sibuk. Maklumlah dah hujung semester. Dalam sibuk2 tu pun, sempat lagi membaca blog kawan. Ia satu kemestian. Kat rumah pulak sibuk dengan kerja2 partime.

Idea untuk menulis memang banyak tetapi nak mengolah ayat tu yang malas tu. Pulak tu ditambah pula dengan masalah nak upload gambar. Mana best posting takde gambar. Sekarang ni ada posting terakhir tentang perjalanan ke Sabah. Tapi tak boleh letak gambar, tu yang tertangguh tu.

Setakat ni belum terfikir untuk berhenti berblog. Agenda pangsenam di alam blog belum tercapai lagi. Bila dah tercapai nanti, baru difikirkan semula. Ok lah itu sahaja untuk kali ini. Diharap problem pc ni akan selesai dan dapatlah berblog dengan aman. Ni pun tumpang pc orang lain.

Kenapa tajuk posting ni macam tu? Nak tau? Tanyalah Jangkaulu...

Wassalam

Monday, March 16, 2009

Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain...

Assalamualaikum...


Ni buku terbaru yang telah habis saya baca. Buku ni ditulis oleh Afareez Abd. Razak Al-Hafiz dan diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn. Bhd.

Secara ringkasnya, buku ini menjawab persoalan siapakah Raja Iskandar atau Alexander The Great yang sebenar. Dari buku ini kita juga dapat tahu bahawa Raja Iskandar ini tidak sesuai disandarkan dengan gelaran Zulkarnain, satu gelaran yang diberikan oleh Al-Quran.

Berbekalkan kajian mendalam melibatkan pandangan dan kajian tokoh-tokoh agama, pakar sejarah dan para intelektual, buku ini memuatkan perbincangan lengkap disertai dengan hujah-hujah bernas bagi menjelaskan tokoh yang paling sesuai disandarkan dengan gelaran Zulkarnain.

Jangan lepaskan peluang untuk membaca buku ini. Buku ini sesuai untuk dijadikan koleksi di mini library kita. Harganya cuma RM17.50, agak murah berbanding dengan novel Harry Potter and The Sorcerer's Stone yang baru saya beli dengan harga RM19.90.

Friday, March 13, 2009

Si kembar...

Arina Khairina dan Arini Khairani

Thursday, March 12, 2009

Individu terkaya dunia...

Assalamualaikum...

Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009 yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:

1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)

3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion - Oracle - AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)

6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion- Aldi - Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion - petrokamia - India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion - besi - India)

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman

10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion - Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion - Wal-Mart - AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion - Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion - Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion - LVMH - Perancis)

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong)

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion - Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion - Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch (AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

20 David Koch (AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

Tuesday, March 10, 2009

Taman Hidupan Liar Lok Kawi...

Assalamualaikum...

Rasanya belum terlambat nak mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul. Baru hari ni berkesempatan menulis setelah sekian lama.

Seperti yang dijanjikan, kali ini nak meneruskan cerita ke Sabah dulu. Belum habis lagi. Kali ni ceritanya tetap sama iaitu cerita bergambar tentang lawatan ke Taman Hidupan Liar di Lok Kawi. Rasanya dalam 30KM dari Kota Kinabalu. Kami pergi hari Isnin. Flight balik pukul 3.30 petang, so pagi tu selepas makan, sempat la ke taman ni.

Ni pintu masuk ke Taman tu. Kena beli tiket kat sini. Dewasa RM10 seorang.Rimau ada. Sian dia, sekor je.
Bergambar kat papan tanda tempat Orang Utan

Ni tak tau namanya. Tapi kat kawasan musang la.

Ni la yang nak tengok sangat ni. Monyet idung besar atau nama saintificnya ialah Proboscis Monkey.

Gajah pun ada tapi tak tahan kuat ngat bau najisnya...

Ok. Selesai sudah lawatan ke Taman Hidupan Liar Lok kawi. Rasanya dalam 2 jam juga berada disini. Kita boleh jalan kaki atau naik trem. Terpulang pada kekuatan kaki dan kekebalan kepala menahan panahan mentari. Thank You, come again. InsyaAllah...

Tuesday, March 3, 2009

Sabah Tea...

Assalamualaikum...

Lepas pergi ke mata air panas Poring tu, terus ke Ladang Sabah Tea. Tak jauh sangat, dalam 20km je dari mata air panas Poring ni.



Ni pintu masuk ke Cafe dan gerai jualan

Pemandangan ladangnya. Tapi rasanya, ladang teh di Cameron Highland lagi best. Kat Cameron, ladangnya luas dan cuacanya sejuk.
Boleh minum teh kat sini sambil lihat pemandangan cam kat ladang Boh gak di Cameron Highland.
Ada juga kedai yang menjual Teh, t'shirt dan lain-lain.

Ni kilang buat teh. Boleh juga melawat dan lihat orang buat teh.

Ok. Tu saje utk posting kali ni. Next, kita ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi pulak. Kita tengok monyet hidung panjang. TQ.

Sunday, March 1, 2009

Mata air panas Poring...

Assalamualaikum...

Selepas kami melawat ke tempat pendakian Gunung Kinabalu, kami teruskan melawat ke Mata Air Panas Poring. Ni on the way je ke Ladang Sabah Tea.

Mata air panas ni macam hutan lipur je tetapi ia dah jadi Tapak Warisan Dunia.Pemandangan hutan amat cantik.
Lorong jalan kaki ke kolam air panas pun berturap dan lalu dalam hutan
Kat batu tu kolam air panasnya. Airnya panas... boleh merebus telur.

Nampak tak asap air panas tu? Rasanya kita tak boleh mandi dalam kolam ni sebab panas sangat. Berbeza dengan kolam air panas di Bentong. Kat sana kita boleh berendam dalam kolamnya.
Ramai pelancong asing datang sini. Yang duk bergambar tu nyonya dari Singapore. Org putih pun ada.

Ada gak kolam mandi.

Dalam perjalanan ke kolam tu kita dihiburkan dengan deruan jeram yang terdapat kat situ. Jambatan gantung pun ada. So, bagi yang suka keindahan hutan, bolehlah melawat ke sini jika ke Sabah.