Monday, December 1, 2008

Harga makanan di kedai mamak mahal?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tengahari tadi saya pergi makan di kedai mamak. Kedai tu terletak di bangunan LHDN Kuantan, depan Kuantan Parade. Namanya ialah Restoran TAJ. Restoran ni amat popular di sekitar Kuantan. Ada beberapa cawangannya di seluruh Kuantan.

Apa yang nak saya kongsi bersama ini ialah tentang harga makanannya. Tadi saya makan nasi beriyani dan air neskapi ais. Harganya ialah RM8.40 iaitu RM1.90 untuk airnya dan RM6.50 untuk nasi beriyaninya. Saya tak tahu sama ada ia murah atau mahal. Mungkin lepas ni saya try makan di restoran mamak yang lain untuk bandingkan harga.

Saya bukanlah seorang yang suka makan di kedai mamak tetapi kadang-kadang singgah la juga. Mungkin kalau tengok kepada harganya yang agak 'cekik darah' ni maka selepas ini kedai mamak merupakan pilihan terakhir saya. Mungkin dengan cara dan usaha saya ini (jarang mengunjungi kedai mamak), dapat lah ia menyumbang sedikit kepada penurunan harga makanan di kedai mamak nanti (boikot lah ni hehehe...).

Sekian untuk hari ini.

3 comments:

KOYAN said...

kene ajak aku la tuh....

Eja said...

mmg dah berlaku kenaikan rega nasi beriani tu..dulu RM5.50, pastu naik RM5.90, lerni dah RM6.50. Air neskepi ais tu dah mahal sgt reganya tuh...

ari tu ada diuar2kan persatuan restoran2 mamak nk turunkan rega air, roti canai & nasik, tp x nmpk perubahan pong...

biasala kn..time nk naik rega seme ahli persatuan, tp bila nk turun rega, ler2 tu bukan ahli persatuan...(ni jawapan tulus ikhlas dari sorang tokey kedai mamak yg sy penah dapat)

madier said...

Jom reramai boikot kedai mamak...hehehe...aku lama dah tak pegi mamak....hahhaha