Tuesday, December 16, 2008

Majlis korban di Pangsenam...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, sempena dengan hari raya aidiladha nan lalu, Kg. Pangsenam juga tidak lupa untuk melaksanakan ibadah korban. Sebanyak 4 ekor kerbau telah disembelih di Masjid Kg. Pangsenam manakala seekor lagi telah disembelih ditempat lain oleh pihak penaja dan dagingnya sahaja dihantar ke masjid.



Walaupun hujan renyai-renyai. Penduduk kampung tetap bertungkus lumus melaksanakan ibadah korban ini. Pada kali ini, satu tempat penyembelihan dan pelapahan telah disediakan dengan sempurna berbanding tahun lepas.


Kerbau yang telah disembelih dibawa ke tempat pelapahan dari tempat penyembelihan. Tanpa mengira penat dan hujan, penduduk nampaknya amat muafakat.

Gambar diatas menunjukkan kerbau telah dilapah.

Daging yang telah dilapah akan diusung ke tempat timbang.


Daging akan dipotong kecil untuk ditimbang. Peserta korban akan mendapat bahagian masing-masing. Manakala orang lain akan mendapat 600gm.


Ini pula tempat bungkus dan pengagihan. Kali ni daging dibungkus 300 bungkus. Semua penduduk Pangsenam dapat. Semoga di tahun akan datang ibadah ini dapat dilaksanakan lagi, insyaAllah.

3 comments:

Unknown said...

teringat akan pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s

http://1001info.net

alias derais said...

pic2: buat kerja dengan memakai helmet tu. hmmm, baguih la lagu tu. keselamatan pun terjamin. kita mampu mengubahnya.

danny said...

dah dua org tegur tentang wat kije pakai helmet. Dia semangat sangat kot, sampai tak sempat cabut helmet.

Takpun utk keselamatan, manalah tahu kerbau tu tertendang kepala dia... hehehe