Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam ada terbaca paper yang melaporkan harga sekilo getah sekarang adalah RM0.70 sekilo berbanding masa kemuncak dan mewah dulu yang mencecah hampir RM5. Kesian kat semua penoreh getah sepenuh masa yang kebanyakkannya miskin-miskin belaka. Baru nak senang sikit, kembali semula kepada keadaan yang susah.
Di kampung Pangsenam juga ada ramai juga penoreh getah. Ada yang menoreh sepenuh masa, ada yang menoreh sambilan dan ada juga yang mempunyai kebun tetapi upah pada orang untuk menoreh. Atas dasar ini, kita harus simpati kepada semua penoreh ni. Harap-harap pihak berwajib dapat melakukan sesuatu. Janganlah disebabkan jawatan penoreh ni tak berprestij di Malaysia maka kita tak buat apa-apa untuk membantu mereka.
Cuba bayangkan jika penoreh ni hanya mendapat 10 kilo getah sahaja sehari. Maka dapatlah RM7. Sebulan RM210 sahaja. Apa mereka boleh buat dengan duit sebanyak itu? Kalau harga RM5 sekilo, dapat gak RM1500 sebulan. Jauh bezanya tu.
Disamping itu kepada anak-anak penoreh getah yang sedang belajar sekarang diharap dapatlah belajar bersungguh-sungguh. Andalah yang dapat mengubah kehidupan generasi anda. Bila dah berjaya hingga ke menara gading, insyaAllah generasi anda selepas ini akan berubah.
1 comment:
aku pernah hidup susah masa kecik2 dulu. so, bila dengar kesusahan diaorg ni, terasa pulaklah zaman hidup susah dulu. memang kesian. amat-amat kesian. moh le kita berdoa semoga rezeki mereka bertambah2 sempena tahun baru ni.
Post a Comment