Selepas air surut, periksa kereta tetapi jangan cuba hidupkan enjin. Tindakan menghidupkan enjin boleh menyebabkan aliran elektrik mengalir ke dalam sistem elektronik enjin termasuklah kotak komputer untuk kenderaan yang menggunakan suntikan elektronik. Air berkenaan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas terhadap sistem elektronik dan ini boleh menyebabkan ia rosak dan perlu diganti dengan kos yang mahal. Pastikan mekanik yang menyelenggarakan kereta anda pun tidak menghidupkan enjin juga.
Biarkan komponen dalam kereta kering dahulu untuk mengatasi masalah air yang masih berada di beberapa bahagian sensitif.
Periksa palam pencucuh, pastikan ia tidak berair. Jika berair, maksudnya air telah memasuki bahagian enjin.
Periksa minyak enjin dan petrol. Pastikan tiada campuran air.
Selepas semua peralatan telah dipastikan kering, rujuk dengan mekanik untuk menghidupkan enjin. Jangan cuba memasukkan gear kerana bahagian kotak gear belum diperiksa.
Sekiranya enjin boleh dihidupkan bermakna kos yang ditanggung lebih murah. Bagaimanapun, lakukan juga pemeriksaan terhadap minyak kotak gear. Biasanya ia berwarna merah dan jika bercampur air, warnanya bertukar. Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk lima minit dam periksa kembali gear.
Ulang proses diatas hingga minyak gear tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu berulang kali menggunakan hingga 20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakan membabitkan peralatan elektronik, kosnya tidak lah mahal sangat. Hanya membabitkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan penapis udara.
Sekian. Semoga dapat manfaat.
Rujukan: Harian Metro
No comments:
Post a Comment