Ini merupakan half marathon kedua saya. Untuk event kali ini pula merupakan ulangtahun pertama saya bergiat aktif dalam aktiviti larian. Tahun lepas di Pahang Marathon saya join 10km.
Bersama ustaz Madi... dia lari laju walaupun agak berisi dari saya har har har |
Sebagai persediaan untuk marathon kali ini saya giat sedikit berlatih. Hampir setiap hari saya berlari sekurangnya di treadmill. Cuma jaraknya tak jauh,... paling jauh pun 5km.
Lagi 10km huhuhu |
Saya bawak sedikit bekalan iaitu energy gel, kurma, madu dan air. Saya juga minum air garam pada sebelah malam sehari sebelum event.
lagi 5km ke FL ada jurufoto... buat2 senyum... |
Larian bermula pukul 5 pagi, so saya berenti sembahyang subuh berhampiran terminal bas Kuantan. COT kali ni 4 jam. Alhamdulillah saya berjaya menamatkan larian dalam tempoh tersebut.
dapat medal dan finisher tshirt |
Pada pendapat saya, untuk larian HM ni perlukan latihan atleast sebulan sebelum event. Kalau sekadar untuk menamatkan larian hm dlm masa cot 4jam, memadai berlatih berlari 15km seminggu. Cuma kalau nak kan catatan masa yang lebih baik, kena juga berlari beberapa kali 10km untuk sekali trening.
kasut brooks revel 2 dan jam garmin vivoactive 3 hehehe |
Target pasni nak masuk HM dan baiki sedikit catatan masa. Dapat catat bawah 3 jam 30 minit kira dah ok...
2 comments:
Water Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT
Over 160000 men and women are utilizing a simple and secret "water hack" to burn 2lbs each and every night as they sleep.
It's easy and it works on anybody.
Here's how to do it yourself:
1) Take a drinking glass and fill it up with water half full
2) Then learn this awesome hack
so you'll become 2lbs skinnier in the morning!
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.
Post a Comment