Wednesday, May 15, 2019
Thursday, May 9, 2019
Menunaikan fardu haji 2018...
Dalam kapai terbang |
Pada 16 Ogos 2018, saya dan isteri telah berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Syukur kepada Allah kerana saya dapat Visa Haji yang diberi kepada UNITEN oleh kedutaan Arab Saudi.
Kerajaan Arab Saudi ada memberi 10 Visa (5 staff bersama pasangan) kepada UNITEN setiap tahun. Setelah tiap2 tahun memohon selama 3 tahun, kali ini saya dan isteri berjaya mendapat kuota Visa tersebut.
Sedikit sumbangan dari pihak UNITEN |
Amalan sebelum ini, setiap staff yang ditawarkan visa haji ini akan pergi dengan Tabung Haji dan kuota menunggu mereka akan dipotong. Mereka juga layak untuk mendapat subsidi menunaikan haji bagi kali pertama.
Tetapi kali ini, pihak Tabung Haji tidak dapat menguruskan perjalanan haji staff UNITEN. Maka, kami dikehendaki pergi dengan pihak swasta. Oleh itu, kuota menunggu kami dengan Tabung Haji tidak dipotong dan subsidi tidak diberi untuk haji kali ini.
Dengan tempoh notis yang singkat iaitu seminggu sebelum penerbangan, saya agak sibuk menguruskan passport, bayaran visa dan lain2. Nanti saya akan cerita lebih detail lagi.
selesai urusan imegresen di Jeddah, kami di kumpulkan di satu kawasan untuk menunggu bas. |
Monday, May 6, 2019
Avengers End Game...
Pahang Marathon 2019...
Ini merupakan half marathon kedua saya. Untuk event kali ini pula merupakan ulangtahun pertama saya bergiat aktif dalam aktiviti larian. Tahun lepas di Pahang Marathon saya join 10km.
Bersama ustaz Madi... dia lari laju walaupun agak berisi dari saya har har har |
Sebagai persediaan untuk marathon kali ini saya giat sedikit berlatih. Hampir setiap hari saya berlari sekurangnya di treadmill. Cuma jaraknya tak jauh,... paling jauh pun 5km.
Lagi 10km huhuhu |
Saya bawak sedikit bekalan iaitu energy gel, kurma, madu dan air. Saya juga minum air garam pada sebelah malam sehari sebelum event.
lagi 5km ke FL ada jurufoto... buat2 senyum... |
Larian bermula pukul 5 pagi, so saya berenti sembahyang subuh berhampiran terminal bas Kuantan. COT kali ni 4 jam. Alhamdulillah saya berjaya menamatkan larian dalam tempoh tersebut.
dapat medal dan finisher tshirt |
Pada pendapat saya, untuk larian HM ni perlukan latihan atleast sebulan sebelum event. Kalau sekadar untuk menamatkan larian hm dlm masa cot 4jam, memadai berlatih berlari 15km seminggu. Cuma kalau nak kan catatan masa yang lebih baik, kena juga berlari beberapa kali 10km untuk sekali trening.
kasut brooks revel 2 dan jam garmin vivoactive 3 hehehe |
Target pasni nak masuk HM dan baiki sedikit catatan masa. Dapat catat bawah 3 jam 30 minit kira dah ok...
Friday, May 3, 2019
My virgin Half marathon: bentong Half Marathon 2018
Pada 16 Disember 2018 saya telah berjaya menamatkan larian 21KM. Ia merupakan larian pertama saya untuk 21KM (half marathon).
ngan ustaz madi... sama2 virgin half marathon |
Laluan marathon ni ialah mendaki bukit ke Air Terjun Chamang, Bentong.
member2 runner otai... banyak beri nasihat dan galakan. Mereka lari sama2 beri sokongan |
Target saya hanyalah untuk menamatkan larian dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 4 jam. Ada rasa berdebar2 sebab takut tak abis atau pewai hehehe.
geng2 otai |
Saya bawa bekalan berupa madu lebah (1), energy gel (3 tapi makan 2 je), kurma (7 biji) dan air 100plus tanpa gas. Atas nasihat kawan2 otai, saya juga telah minum air garam satu paket sebelum larian.
makan madu hehehe |
Keputusannya, saya berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 3 jam 47 minit 12 saat.
Vo2 Max...
VO2 max bermaksud "jumlah maksimum oksigen" yang dapat digunakan oleh tubuh kita. Secara umumnya, atlet yang lebih bagus menyedut lebih banyak oksigen dan boleh menggunakannya dengan lebih cekap dan efisien. VO2 max diukur untuk memberi kita petunjuk dan ukuran yang lebih baik mengenai tahap kesihatan dan prestasi keseluruhan kita. semakin tinggi bacaan VO2 Max kita maknanya semakin bagus prestasi tubuh badan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)