Thursday, August 18, 2011

Zakat fitrah...

Tadi pergi ke Wisma (Blok pentadbiran di UNITEN) dengan Suki nak beli kad raya Uniten. Kat lobi tu tengok ada Amil dari Majlis Ugama Islam Pahang buka kaunter bayaran zakat fitrah. Selepas beli kad raya 5 keping, saya pun ke kaunter tu nok membayar zakat fitrah bagi tahun ni (1432H).


Sekejap je urusan membayar zakat ni. Mula2 amil tanya bayar untuk berapa orang. Pastu dia tulis resit. Pastu akad kita serahkan duit zakat tu bagi kita dan tanggungan kita kepada amil. Pastu amil berdoa dan selesailah. Tak sampai pun 5 minit.


Kat Pahang ni nilai zakat fitrahnya ialah RM7 seorang.


SELAMAT MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

1 comment:

Faizal Rahman said...

Samalah kat Penang pun RM 7. Dah settlekan untuk family.