Hari ni saya masih berada di bilik gerakan urusetia peperiksaan. Sessi kali ini saya telah dilantik sebagai urusetia pengendalian peperiksaan. Tanggungjawabnya besar juga sebab kami harus menyediakan segala kelengkapan peperiksaan. Sementara menunggu dibilik ni, sempat la juga saya memarking paper saya. Satu lagi paper saya akan berlangsung esok.
Raya kali ini saya akan bercuti bermula hari jumaat minggu ni hinggalah 4hb September. Dalam tempoh cuti raya ni, saya akan memarking paper juga dirumah.
Petang jumaat selepas berbuka saya akan bertolak ke kg Pangsenam untuk beraya disana. Kemudian pada raya kedua, akan balik beraya di Pekan pula.
Tahun ni seperti biasa saya akan membuat lemang. Selalunya, sayalah chefnya.
Semoga selamat pulang ke desa kepada semua.
2 comments:
Selamat berhari raye...
selamat hari raye jugek
Post a Comment