Thursday, August 4, 2011

Kisah murtabak di pasar ramadhan...




Gambar dari sini (http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Murtabak_Raja_Kelantan.jpg)



Semalam saya berkesempatan pergi ke pasar ramadhan kat Mesjid Kuantan. Dalam duk berjalan2 tu, teringin pula nak makan murtabak lepas berbuka nanti.


Mula lah mata ni melilau mencari penjual murtabak. Hasil pemerhatian saya, ramai juga yang menjual murtabak ni. Harganya berbeza2. Harganya disini antara RM3 - RM7 sekeping. Saya buat keputusan untuk membeli murtabak RM3 je sebab kalau nak beli yg RM7, saya akan beli kat Pekan (Murtabak Sri Kasturi).




Lalu saya pun beratur di salah satu gerai yang menjual murtabak RM3 sekeping. Depan saya ada 2 orang pelanggan wanita sedang menunggu giliran. Lama juga pelanggan didepan sekali tu membeli. Belakang saya pun dah ramai orang beratur.




Apabila tiba giliran pelanggan didepan saya membeli, tiba-tiba datang kawannya dari belakang meminta tolong belikan juga murtabak (kes malas beratur).




"Nak beli murtabak ya..., tolong belikan aku satu" kata dia pada kawannya sambil mengeluarkan duit.



Disebabkan bulan puasa dan malas nak panjang2, saya pun beredar sahaja dari gerai tersebut dan pergi ke gerai lain. Sambil tu saya berfikir "Gini lah sikap manusia, bulan puasa pun tak berubah...beratur pun malas"




Sabar je lah...

3 comments:

Jankaulu said...

tapi setan dah tak ada kan? kan? kan?

tak ada dah pihah yg nak hasut kita buat jahat, pentingkan diri dan sebagaimana kan?

kan?

(hehehe)

madier said...

nafsu ler tu,setan dah diikat...huhu

madier said...

nafsu malassssssss...ngape ko tak suh pompuan tu belikan jugak Nan...