Monday, January 3, 2011

Dapur memasok...

Gambar sekadar hiasan

Saya suka tengok rancangan memasok kat tibi. Antaranya Licence to grill, chef at home, jimmi oliver, chef wan dll. Best tengok mereka memasok. Nampok lancor n seronok je.

Menurut pemerhatian saya, tempat memasok dia tak lah luas sangat. Macam kat dapur kita je. Cuma barangan di dapur dia lengkap dan mudoh digunakan.

Kebanyakkan alatan dapur dia, seme kita ada. Peti ais, oven, microwave, dapur, periuk, kuali, pisau, garpu, sudu, senduk, lesung batu, pengupas buah, sinki, cerek dll. Kalau tak semua pun kita ada tapi alat yang basic2 untuk memasok memang kita ada lah...

Saya peratikan bahawa semua alatan dia tu memang ready to use. Maknanya, kalo dia nak guna alat tersebut just petik suiz je. Tak macam dapur kita. Kita bila nak guna blender mulalah bukak kabinet, cari plug kosong, carik pulak pen nak cocok supaya mudoh nok masukkan plug. Kadang2 tu bila nak guna oven, kene bukak plastik dulu sebab berbungkus takut abuk.

Mungkin sebab itulah ramai yang malas ke dapur bukannya sebab malas memasok tapi sebab banyok perkara2 sampingan yang kene buat dulu.

Sempena tahun baru ni marilah kita sama2 berusaha untuk mewujudkan dapur yang selesa untuk kita memasok terutama pada ujung minggu. Sediakan tempat yang sesuai untuk semua peralatan dapur kita termasuk plugnya sekali. Pastikan ia mudoh digunakan dan senang dicapai.

2 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Gone nok buat ter.Barang kat dapur kite berbonet2.Yang dalam tv ter berkabinet2.

Jankaulu said...

alangkah indahnya kalau kita ada tukang masak...(yang mahir memasak dan tidak merungut dan selepas itu kemaskan balik lepas memasak)