Tuesday, December 28, 2010

Bonus...

Hujung2 tahun ni ramai yang berkira2 kerana dapat bonus. Ada yang dah dapat, manakala ada yang belum dapat. Bagi yang kerja kerajaan, rasanya bonus dah dapat dah. Boleh guna untuk beli alatan sekolah anok2.

Ada kompeni yang bagi duit bonus masa raya dulu. Kira sekali dengan duit raya la tu. Bagi yang kije kerajaan, bonus dibayar 2 kali rasanya. Sekali masa raya, sekali masa ujung tahun. RM500 sekali bayor. Dan selalunya kebanyakan kompeni bagi bonus ujung tahun.

Banyak mana kompeni bagi bonus? Ia bergantung juga pada prestasi dan keuntungan kompeni. Dan juga kepada keputusan ahli lembaga pengaroh. Ada dapat 3 bulan gaji, setengah bulan, suku bulan, 12 bulan dan ada yang tak dapat langsung. Ada kompeni bagi bonus tak ikut bulan, dia bagi lump sum je macam kerajaan.

Wajib ke kompeni bagi bonus pada pekerja? Rasanya tak wajib. Kalau ada, ada lah. Kalau takde, takde lah. Tapi kebanyakkan kompeni besor akan ada peruntukan untuk bagi bonus pada kakitangannya.

So, apa sumbangan kita sebagai pekerja untuk mendapat bonus setiap tahun?

1 comment:

sukiman said...

mesti kerja lebih kuat, lebih ikhlas lebih masa...organisasi maju kita maju...