Monday, December 27, 2010

Duit syiling...


Duit syiling amat penting walaupun nilainya kecik terutama bagi peniaga kecil-kecilan. Sebenarnya dah banyak kali berlaku pada saya yang terpaksa menunggu untuk mendapat tukaran duit disebabkan peniaga tiada duit syiling. Yang terbaru adalah pagi tadi.

Para peniaga mesti pandang hal duit syiling ni dengan serius. Sebelum buka kedai pada waktu pagi, pastikan duit syiling sentiasa ada dalam simpanan. Begitu juga dengan duit tukaran yang lain.

Kita tak boleh salahkan pembeli yang membayar karipap RM2.50 dengan duit RM50. Di Malaysia ni duit not RM50 memang sah dan diterima oleh semua. So, menjadi tanggung jawab peniaga lah untuk menyediakan duit tukaran terutama duit syiling.

Pernah berlaku juga sang peniaga terhegeh2 berlari2 ke gerai/kedai sebelah untuk menukar duit. Pembeli pulak terpaksa lah menunggu. Kan dah memberi imej yang buruk pada peniaga.

Kadang2 tu masalah tu dipindah pulak kepada pembeli. Ada ke patut dia suruh pembeli tukar duit dulu sebelum membuat pembayaran?

Saya utarakan perkara ini sebab ramai peniaga terutama peniaga kecil-kecilan memandang remeh akan hal ini. Jangan sesekali kita menyusahkan pelanggan kita sebab kita perlukan mereka untuk membeli produk/servis yang kita tawarkan.

So, buat peniaga pasar malam, gerai burger, pasar tani, pasar ramadan, gerai tepi jalan dan lain2, pastikan anda sentiasa mempunyai duit syiling dan duit tukaran yang lain sebelum memulakan perniagaan setiap hari.

2 comments:

sukiman said...

perkara yang sama pernah berlaku pada diriku...(nak jugak)


...antara penulisan yang terbaik tahun ni nan, tahniah!

madier said...

..bijok duit syiling mung nan...seme 50sen...hok lain tok laku ke nan?kehkehkeh...