Wednesday, October 6, 2010

Walaupun hanya 11 item...

Sabtu minggu lepas koi gi Mydin Kuantan. Hajatnya nok beli sabun dan ubat gigi. Koi gi hari malam. Ingatkan tak ramai orang, rupanya ramai jugek. Koi beli la sabun mandi 2 botol, sabun mandi refill 1 paket dan ubat gigi 2 kotak. Semuanya 5 item.

Bila masa nok bayor, koi buat keputusan nok membayor kat kaunter ekspress sebab item belian koi kurang dari 10 item.

Tapi yang membuatkan koi kecewa ialah ada 'mamat tak sekoloh' kat depan koi nok buat bayaran kat kaunter tu jugek sedangkan item belian dia lebih dari 10 item. Dari pemerhatian koi adalah dalam 13 - 14 item. Sepatutnya dia pergilah ke kaunter biasa. Tak pasal2 je kaunter ekspress jadi kaunter lambat!

Nok dijadikan cerita lagi, ada pulok dua 'minah rempit' tiba2 memotong barisan menuju ke cashier kaunter ekspress tu sambil menghulurkan resitnya untuk mendapatkan 'free gift murahan'. Adoiii... simple punya rules pun tokleh nok ikut.

Di pendekkan cerita, koi berjaya jugek membuat bayaran di 'kaunter lambat' tersebut. Niat koi pasni nok buat aduan n letokkan dalam peti aduan yang ada kat pintu keluar. Tapi bila tengok kat situ, petinya ada tapi pen ngan kertasnya takde. Adoii...

Moralnya kat sini, kalau barang awok memang dah sememangnya lebih dari 10 item, pergilah ke kaunter biasa walaupun hanya 11 item. Pastu pulok, pandai2 la beratur. Kan dari kecik lagi kita dah disuruh beratur untuk naik bas, beli kopok kat kantin dll.

3 comments:

Faizal Rahman said...

Org gitu sbnornya pandai, tp buat2 bodoh.

Bahaya tu lama2 amal boleh jd bodoh piang.

sukiman said...

pernah terjadi kat Giant juga hal ni kepadaku... pengguna sepatutnya tahu hak orang lain...tapi penuh raga barangnya...

situ bukan kaunter raga...

apa itu hak?

madier said...

...keluar barisan, kita buat bulatan..kehkehkeh..