Friday, June 5, 2009

Bunga...

Assalamualaikum...
Atas ni bunga duku johor. Dah jadi putik dah.
Manggis pun berbuah kali ni. Lebat cam musim lepas

Rambutan pun sama. Lebat juga terutama mutan kuning. Rasanya musim kali ni jenuh juga makan buah. Dan jenuh juga angkut buah bawak balik ke Kuantan. Buah mutan masak dulu, pastu manggis diikuti dokong dan duku johor.

Masa manjat ambik mutan, manggis dan dokong tu boleh kutip derian yang gugur. Kali ni lebat juga derian berbuah. Sekarang dah sebesar penumbuk. Derian yang tak abis boleh buat tempoyok. Sape nok, boleh kabo.