Alhamdulillah, semalam
22.06.2009 jam 5.50 pagi, satelit komunikasi ketiga malaysia iaitu Measat-3a telah berjaya dilancarkan. Ianya adalah untuk menggantikan Measat-1 dan Measat-2 yang akan tamat orbitnya pada tahun 2015. Tempat pelancaran adalah di BAIKONUR, Kazakhstan iaitu tempat yang sama semasa pelancaran roket ke bulan yang dinaiki oleh Yury Gagarin.

Apa kaitan dengan aktiviti harian kita?
Anda semua menggunakannya setiap hari tanpa disedari . Perhubungan melalui Broadband, handphone(3G) dan pelanggan Astro. Jadi inilah fungsi dibelakang tabir yang kita tidak nampak, hanya menjadi end user.
Ada satu lagi jaringan hubungan(networking) untuk kegunaan perhubungan/komunikasi.....Networking Submarine Fibre Optik seperti gambar kat bawah ni.

Kat Malaysia pun akan pakai jaringan komunikasi ni maybe September 2009....High Speed Brodband yang mana kelajuan minimun 10mb/s. Dunia di hujung jari...
Walaupun pelbagai teknologi perhubungan yang diwujudkan melalui angkasa dan bawah tanah namun masih berlaku kejadian MISS COMMUNICATION antara kita...kenapa agaknya?