Friday, May 29, 2009

Tanam Tomato...

Assalamualaikum...

Bawah ni gambar tomato. Tanam sendiri kat rumah. Benihnya mok bagi. Masa mok bagi dulu memang dah dalam pasu dah. So, bawak balik je dan siram tiap-tiap hari. Buahnya bantut jugek. Adalah sebesar bola golf je. Boleh lah masak letak dalam kari.

Sekarang rasanya nak tanam sawi dan bayam pulok. Dulu dah tanam tapi dah habis makan. Nak tanam semula. Molek lah ni sebab ujan sokmo. Tanam sayur kat dalam pasu atau polybag di keliling umah ni ok gak. Dapat jimat sikit walaupun tak banyak tapi yang penting sebenarnya kepuasan.

Ada sahabat saya, ustad lagi tu, ternak ikan keli belakang rumah dalam tangki biru. Walaupun hanya untuk makan sendiri dan jual secara kecil-kecilan tapi bila tengok dia bercerita tentang projek dia ni, nampak keseronokan di muka dia. Tak sabar nak tengok ikan tu besar dan dijual. Nanti kalo saya pergi lawat ke tapak projek dia, saya bawak kamera dan ambik gambo.

Terima kasih.

4 comments:

jankaulu said...

bagus berbudi pada tanah ni, setidaknya dia taklah `gigit' kita...kalau tak berbuah pun.

hisyamrahman said...

caya la ne...bilo awok nok bawok ke kawan...

danny said...

hehehe... pokok dah nak mati dah
buah makin kecik cam ceri tomato je

danny said...
This comment has been removed by the author.