Wednesday, May 27, 2009

Dokong start dah berbuah...

Assalamualaikum...

Lama dah tak cerita pasal kebun. Ni nak bagitau yang sekarang pokok dokong kat kebun dah berbunga. Sebelum ni duku, langsat dan duku johor yang berbunga. Tibalah pulok giliran dokong pulok menunjukkan hasilnya pada tuannya.
Kali ni memang lebat bunganya. Buahnya nanti tak tau lah lebat ke dok sebab bergantung pada cuaca gak. Kalau ujan lebat pastu tiba-tiba je panas, alamatnya abis pecah lah buahnya. Dari berpuluh-puluh batang dokong kat kebun, hanya 2 - 3 batang je yang lebat. Yang lain baru nak belajar berbunga. Ada la keluar secarang dua. Ngajuk2 je...
Atas ni gambor bunga yang dah nak kembang. Rasanya mau 3 bulan lagi baru masak. Pasni kita cerita durian pulok sebab durian pun berbunga dengan lebat. Manggis pun sama.

1 comment:

jankaulu said...

Berbudi pada tanah...


Soalan: Pada orang?

Jawapan: Tak kupinta balasan atas segala pengorbanan (konon..he he he), tapi sikapnya itu amat mengecewakan...

budiku dia lupa, diri aku turuk dia singgkirkan...

belung pung hidupnya di puncak jaya, aku dia biar begitu saja, huh!!

(sori nan, emo sikit pagi-pagi ni, he he he)