Friday, May 29, 2009

Tanam Tomato...

Assalamualaikum...

Bawah ni gambar tomato. Tanam sendiri kat rumah. Benihnya mok bagi. Masa mok bagi dulu memang dah dalam pasu dah. So, bawak balik je dan siram tiap-tiap hari. Buahnya bantut jugek. Adalah sebesar bola golf je. Boleh lah masak letak dalam kari.

Sekarang rasanya nak tanam sawi dan bayam pulok. Dulu dah tanam tapi dah habis makan. Nak tanam semula. Molek lah ni sebab ujan sokmo. Tanam sayur kat dalam pasu atau polybag di keliling umah ni ok gak. Dapat jimat sikit walaupun tak banyak tapi yang penting sebenarnya kepuasan.

Ada sahabat saya, ustad lagi tu, ternak ikan keli belakang rumah dalam tangki biru. Walaupun hanya untuk makan sendiri dan jual secara kecil-kecilan tapi bila tengok dia bercerita tentang projek dia ni, nampak keseronokan di muka dia. Tak sabar nak tengok ikan tu besar dan dijual. Nanti kalo saya pergi lawat ke tapak projek dia, saya bawak kamera dan ambik gambo.

Terima kasih.

Wednesday, May 27, 2009

Dokong start dah berbuah...

Assalamualaikum...

Lama dah tak cerita pasal kebun. Ni nak bagitau yang sekarang pokok dokong kat kebun dah berbunga. Sebelum ni duku, langsat dan duku johor yang berbunga. Tibalah pulok giliran dokong pulok menunjukkan hasilnya pada tuannya.
Kali ni memang lebat bunganya. Buahnya nanti tak tau lah lebat ke dok sebab bergantung pada cuaca gak. Kalau ujan lebat pastu tiba-tiba je panas, alamatnya abis pecah lah buahnya. Dari berpuluh-puluh batang dokong kat kebun, hanya 2 - 3 batang je yang lebat. Yang lain baru nak belajar berbunga. Ada la keluar secarang dua. Ngajuk2 je...
Atas ni gambor bunga yang dah nak kembang. Rasanya mau 3 bulan lagi baru masak. Pasni kita cerita durian pulok sebab durian pun berbunga dengan lebat. Manggis pun sama.

Monday, May 25, 2009

Pagi yang kecewa...

Assalamualaikum...
Confirm!. Season depan confirm Newcastle United akan bermain di Liga Kejohanan. Segalanya tak menjadi season ni. Gol sendiri, kad merah, pertukaran manager, manager sakit, Owen tak perform dan macam-macam lagi alasan.

Baru je tadi Newcastle kalah dengan Aston Villa. Kalau seri, pasti Newcastle stay lagi kat BPL ni season depan sebab Sunderland dan Hull City kalah. Tapi nak buat macammana. So, kena usaha la season depan untuk promote kembali ke BPL.

Harap-harap star player like Owen, Duff, Viduka, Martin, Taylor dan beberapa lagi tak blah ke team lain. Harap diorang stay cam player Juventus stay walaupun turun division.

Thursday, May 21, 2009

Dah kirim tadi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah petang semalam berjaya juga pos sekotak makanan kering ke Madi. Minggu lepas dah cuba pos tapi pejabat pos kabo barang makanan dan ubat tak boleh pos ke UK. Pelik juga sebab Madi kabo Pok mentua dia selambe je hantar makanan, takde apa-apa pun. Kak Na pun kabo gitu gak. Dia kirim ke adik dia, Kamarulzaman di UK gak takde masalah.

Dalam kotak yang dikirim ni ada lah 3 kampit kopok keping, 18 paket tongkat ali power root (tinggal 18 sebab aku ambik 2 paket... hehehe) dan 18 paket tongkat ali CNI yang baru punya (1 paket aku ambik dan 1 paket lagi Jinggo ambik).

Lama sangat nak ke pejabat pos buat kali kedua sebab aku MC la pulak dua hari sebab gastrik teruk sampai sakit perut, sakit kepala dan demam. Maknanya, lamalah juga barang tu berbungkus dalam kotak. Pos guna udara sebab boleh sampai dalam 2 - 3 minggu. Kalau guna kapal laut, mau 3 - 4 bulan. Harga mahal sikit la.

Harap-harap barang ni selamat sampai ke tangan Madi. Lupa pulok nok kabo, kotak ni McZue yang bungkus. Dia jugalah yang tulis alamat. Dan dia jugalah yang menyumbangkan kertas minyak dan selotep. Ingat nok ambik gambo masa membungkus tu tapi masing2 malas, duk diam je lah.

Ok. Itu saje kali ini. Kita tunggu saje berita dari sana dalam 2 minggu lagi.

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru...

Assalamualikum...

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di Malaysia. Semoga usaha anda diberkati...

TQ

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Jururawat...

Assalamualaikum...

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di dunia ni terutama di Malaysia. Niat dihati nak ucap awal lagi tapi agak sibuk sikit 2 - 3 hari ni.

Terdengar dalam radio masa memandu kereta. Ada seorang jururawat Malaysia yang berkerja di Arab Saudi. Jururawat ni call ke Sinar FM borak2 dengan abang jem dan kairil. Dia kabo gaji dia kat sana 10 ribu riyal. Kat Shahputra ni ramai student nursing. Kalau kena gayanya dan lulus dengan baik, insyaAllah peluang mereka juga cerah nanti.

Rasanya Arwah Sudir ada nyanyi lagu pasal jururawat ni. Tajuknya Jamilah. Ok, itu sahaja untuk posting kali ni.

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu...

Assalamualaikum...
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di Malaysia terutama ibu saya Hajah Raziah Haji Abdul Kadir. Semoga di beri kesihatan yang baik.

Kenduri Ja/Kio kat Pekan pulak...

Assalamualaikum...
Ni gambar kat kenduri di rumah Ja pulak. Serba hijau pasangan ni. Mereka ni bersanding tengah panas tengok orang bersilat. Lama pulok tu bersilat...

Bersiar-siar...

Assalamualaikum...
Minggu lepas kami beberapa orang pergi bersiar-siar di Muadzam. Siap ambik cuti lagi. Pasni nak ke kenduri kawin Ja pulak kat Pekan.

Sunday, May 3, 2009

Perkahwinan Ja/Kio...

Assalamualaikum...

Ni gambar sekitar pernikahan Ja atau Kio di Masjid As-Syakirin Batu 6 Jalan Gombak. Majlis berlangsung pada waktu petang, 1 Mei 2009.

Ja dan Isteri, Anis selepas akad nikah berlangsung.

Gambar atas Ja tengah sain borang.

Serah wang mas kahwin.

Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada Ja dan isteri. Semoga berbahagia hingga akhir hayat. InsyaAllah akan datang ke Majlis di rumah pengantin lelaki.

Friday, May 1, 2009

1 Mei 2009...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Pekerja kepada semua pengunjung blog ini. Semoga selepas ini dapat berkerja dengan semangat baru.

Semalam, 30 April adalah hari terakhir mengisi dan menghantar Borang BE 2008 iaitu Borang Cukai Taksiran 2008. Diharap kepada semua yang layak telah mengisi dan menghantarnya. Kemudian membuat pembayaran cukai pendapatan masing2. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pekerja rakyat Malaysia.

Saya baru je isi borang tu last minit secara online. Bayar pun secara online. Saya memang sengaja membuatnya last minit sebab nak merasai sendiri pengalaman bagaimana rasa buat last minit. Kesimpulan yang saya dapat buat adalah tiada gangguan sepanjang proses saya mengisi borang cukai taksiran saya secara online. Tidak berlaku kesesakan. Tak sampai 30 minit, semuanya selesai. Tahniah kepada LHDN.