1 April 2018 (Ahad) saya berlari lagi untuk larian ketiga secara semi pro. Kali ni larian di Pantai Sepat Kuantan.
Menurut penganjur, ada 1200 peserta yang akan menyertai larian ini. Kali ini beberapa rakan saya turut menyertainya.
Kami si starting line... ni geng Palapes UUM |
Matlamat saya kali ini hanyalah untuk berlari2 santai sahaja. Lagipun itu yang diwar2kan oleh penganjur iaitu berlari sambil selfi dengan kambing hehehe.. tapi takde jumpa kambing
Strategi larian saya kali ini adalah hanya mengikut sahaja tempo larian peserta2 terutama larian Lan Haron dan Imad sebab saya terdengar mereka berkata untuk berlari sambil bergambar.
Nah! hasilnye... hamper seratus keping gambar hanya dari kamera Lan Haron...
Mula2 route ini ialah laluan pantai sejauh 1.5KM...
Kemudian masuk laluan sawah kira2 1km. Disini agak jem sedikit sebab laluan sempit tapi ia bukan halangan untuk kami selfi lagi hehehe... Intan bini Lan entah kemana laju ke depan
Kemudian masuk jalan kampong dalam 1.5KM juga
Ni dah separuh perjalanan... tandanya ialah Imad pakai serban
Kemudian masuk ke jalan besar kira2 1km juga
Last sekali, kami masuk semula ke laluan pantai kira2 2km. Masa ni Intan bini Lan dah hilang menuju ke finish line...
Untuk rekod sahaja... route 7.3km dlm masa 1 jam 17 minit hehehe...
Alhamdulillah... Berjaya menamatkan larian |
Semua dalam keadaan sihat cuma Lan Haron sahaja keletihan dan ketiduran pabila sampai di rumah |
Selepas ini ada beberapa lagi acara larian yang akan disertai, InsyaAllah...
Tahniah kepada penganjur kerana menganjurkan acara yang meriah ini. Saya sanggup beratur berkali2 kerana nak minum Milo bercawan2 hahahaha
So, nikmatilah sedikit gambar kenangan larian ini..
Bersama rakan Widad University |
1 comment:
Wah!
Post a Comment