Saturday, April 30, 2011

Patin Pangsenam Masuk Majalah 3...

Majalah 3 hari ni ada segmen ikan patin. Tak sangka, liputannya dibuat di kampung Pangsenam. Lokasinya ialah di gerai dan sangkar patin milik Abg Salam (En. Abdul Rahim Ismail) dan En. Halid Osman. Boleh berhubung dengan mereka di blog mereka (klik sini).


Pengusaha2 patin pangsenam memang selalu dikunjungi oleh wartawan2 dan pemberita. Bahkan ada juga pelajar2 dan bakal pengusaha patin yang datang untuk belajar dan membuat kajian.


Ni Abang Salam bersama Patin Buah (RM80 sekilo). Gambar diambil dari blog beliau.


Lokasi gerai patin beliau ialah gerai pertama sekali selepas papan tanda kampung Pangsenam dari Temerloh. Kalau dari Triang pula ialah selepas Masjid Kg. Pangsenam.



No comments: