Saturday, January 9, 2010

Amatur buat kije...

Assalamualaikum...

Minggu lepas ke rumah baru Kiman. Kononnya nak tolong sambung paip luar umah supaya air penuh dalam tangki. Bila dah pasang tu bolehlah guna air dalam umah. Ni paip sementara je sebelum JBA buat penyambungan.

Nampak macam senang tapi susah jugak. Paip dah ada beli, white tape pun ada, begitu juga dengan spanar (pinjam dengan jiran suki). Maka mulalah kerja pemasangan. Koi cuba la pulas skru penutup paip air ni. Masalah disini ialah pemaju tak letak pili pengunci untuk paip ni.

Bila skru penutup ni dicabut maka menyembur2 la air keluar. Koi dengan pantas ambil paip untuk buat penyambungan tapi punyalah payah sebab air laju sangat. Menyumpit2 air ke koi. Abis basah baju, seluar, handphone, wallet dll. Kelakor la pulok.

Koi berenti kejap untuk keluarkan barang2 dari poket seluar. Masa tu jiran suki keluar untuk tolong. Selamba je dia pulas dan pasang paip tu. Langsung tak basah. Nampak cam pro je.

Moralnya ialah tak semua kije kita pro. Kadang2 amatur gak hehehe

2 comments:

sukiman said...

saya tergamang masa tu, saya lihat Adnan basah kuyup. Nak gelak pun ada tapi takut Adnan marah,,,

Tapi dalam hati rasa nak berguling, lawak betul...

unclejoe said...

rase belum amatur kot.. kalo amatur at least dpat gakl gold medal ke pe ke tak lah sampai basah kuyup ... kot... huhuhuhuhuhhu