Thursday, January 28, 2010

Jawab tag lagi...

Assalamualaikum...

Kena tag dari blog jankaulu. Kena lah jawab. Kalo tak nanti org kabo tak sporting. Hehehe...

1. Where is your cell phones?

Ada kat sebelah ni atas sofa. Phones baru...

2. Relationships?

Ada...

3. Your hair?

Selalu pendek sikat ke belakang je...

4. Works?

Ya. Hari2 berulang ke Muadzam kecuali sabtu and ahad.

5. Your sisters?

Ada 2 orang. Sorang kat Kontan, sorang kat Kolumpo.

6. Your favorite thing?

Buku2 and majalah terutama Gila2 yang telah dijilid

7. Your dream last night?

Takde...

8. Your favorite drinks?

Milo suam... dulu Neskepi tapi dah kena gastrik tak minum dah...

9. Your dream car?

Hehehe... Rahsia

10. Your shoes?

Sepasang je. Guna sampai dah tak boleh pakai baru beli baru. Sekarang pakai kasut Bonia.

11. Your fears?

Mati tak sempat mengucap.

12. What do you want to be 10 years?

Bersedia untuk masuk ke alam warga emas dengan tenang.

13. Who did you hang out with last weekend?

Duk umah berehat.

14. What are you not good at?

Menyanyi

15. One of your wish list item?

Pergi haji

16. Where you grew up?

Sekolah membalak Kg. Belimbing, Gambang dan Lentang.

17. Last thing you did?

Tengok tv citer The Negotiator

18. What are you wearing?

Baju n seluar tido

19. What aren't you wearing?

Stokin

20. Your pet?

Kucing kat kampung.

21. Your computer?

Kat umah ada 1 pc n 1 notebook. Kat opis 1 pc opis punya.

22. Your life?

Sebagai rakyat biasa

23. Missing?

...

24. What are you thinking about right now?

Tag ni byk sangat soalannya. Buatlah 10 soalan je...

25. Your car?

Kereta biasa je, Iswara.

26. Your kitchen?

Baru lepas mop lantainya.

27. Your favorite colour?

Merah

28. Last time you laughed?

Baru je tadi tengok Carlitto buat lawak dalam program WWE RAW.

29. Last time you cried?

Takyah tau la, nanti riak pulok.

30. Love?

The power of love - Celine Dion.

31. So who want to share their ones? How about?

Madier (jupemungdenung) dan Noni (eeewwwooo)

TQ

Wednesday, January 27, 2010

Handphone lama...

Assalamualaikum...

Setelah 6 tahun lebih bersama handphone Nokia ni, at last terpaksa berpisah jua dengannya. Handphone ni jadi mereng sebab basah kena air masa pasang paip di umah baru suki.

Gambar kenangan diatas diambil menggunakan handphone baru yang menggantikannya untuk bersama koi pulok selama boleh. Muroh je handphone baru ni. Model 3G yang paling muroh dipasaran. Mahal lagi handphone lama dari handphone baru ni. Pasni boleh la koi bergaya cam org lain ambik gambo guna handphone hehehe...

Tuesday, January 26, 2010

Barang2 basah...

Assalamualaikum...

Ni la gambor brg2 dalam kocek yang basah dek kerana memasang paip kat umah sukiman dulu. Handphone, duit, wallet, jam dan stem giant seme basah. Terpaksalah jemur.

Nasib baik semua boleh pakai semula. Cuma handphone je jadi mereng sedikit. Kena beli handphone baru nampaknya. Heheheh... Surprise!

Notebook...

Assalamualaikum...

Ni notebook koi baru beli masa pc fair baru2 ni. Sebab nak pergi retreat ke Melaka maka terpaksa la beli. Kalo tak kene meminjam.
Brand Compaq Presario CQ40. Windows 7 and Vision AMD. Niat di hati pasni mudoh la nok buat research and menulis tapi entahlah. Kije di tempat sekarang yang banyak dan menimbun berbanding tempat lama. Tapi sempat lagi berfacebook, berblog dan main game!!! hehehe

Sunday, January 24, 2010

Sikap...

Assalamualaikum...

Gambar ni diambil di bandar Indera Mahkota Kuantan. Tengok kete koi Iswara kelabu tu. Tersepit diantara beberapa kereta. Koi parking molek je masuk petak. Tapi orang lain selamba je halang.

Sakit jiwa rasanya dengan sikap para pemandu kat Malaysia ni. Nak senang and mudoh belaka. Kalau awok semua perasan, keadaan ni selalunya berlaku depan bank. Berlapis2 la diorg parking. Almaklumlah diorang nak cepat belaka... kita je yang nak lambatnya.

Friday, January 15, 2010

Ustad Ijud baca khutbah...

Assalamualaikum...

Ingat tak ustad Ijud? Yang sama2 kerja di Kolej Shahputra dulu? Rasanya sape2 yang pernah kerja di Shahputra mesti kenal dia. Sekarang dia kerja di Maran sebagai Imam Besar Masjid Maran.

Tadi ada nampak dia terbongkok2 hormat masuk ke masjid Muadzam. Pakai baju melayu ijau, bersampin dan berkopiah putih. Rupa2nya hari ni dia dijemput khas untuk membacakan khutbah jumaat di Masjid Muadzam. Nak tergelak pulak tengok dia baca khutbah hehehehe...

Antara isu yang dikupas adalah budaya membaca dikalangan masyarakat. Beliau tekankan pentingnya membaca didalam kehidupan kita bersandarkan Surah Iqra'. Digalakkan juga setiap rumah mempunyai mini library sendiri. Kalau kawan2 nak tengok mini library dikalangan kita yang hampir siap, pergilah ke rumah sukiman (jankaulu). Banyak buku dan rak di salah satu bilik dirumah dia.

Berbalik kepada Ustad Ijud tadi, pada pandangan saya, dia memang ada ketokohan untuk menjadi imam dan khatib. Mungkin disebabkan latar belakang pendidikan dia di Timur Tengah dan keluarganya yang tersohor.

Inilah saat pertama koi mendengar khutbah yang dibaca oleh kawan sendiri...

Saturday, January 9, 2010

Amatur buat kije...

Assalamualaikum...

Minggu lepas ke rumah baru Kiman. Kononnya nak tolong sambung paip luar umah supaya air penuh dalam tangki. Bila dah pasang tu bolehlah guna air dalam umah. Ni paip sementara je sebelum JBA buat penyambungan.

Nampak macam senang tapi susah jugak. Paip dah ada beli, white tape pun ada, begitu juga dengan spanar (pinjam dengan jiran suki). Maka mulalah kerja pemasangan. Koi cuba la pulas skru penutup paip air ni. Masalah disini ialah pemaju tak letak pili pengunci untuk paip ni.

Bila skru penutup ni dicabut maka menyembur2 la air keluar. Koi dengan pantas ambil paip untuk buat penyambungan tapi punyalah payah sebab air laju sangat. Menyumpit2 air ke koi. Abis basah baju, seluar, handphone, wallet dll. Kelakor la pulok.

Koi berenti kejap untuk keluarkan barang2 dari poket seluar. Masa tu jiran suki keluar untuk tolong. Selamba je dia pulas dan pasang paip tu. Langsung tak basah. Nampak cam pro je.

Moralnya ialah tak semua kije kita pro. Kadang2 amatur gak hehehe

Saturday, January 2, 2010

Pesta Buku & World Cup 2010...

Assalamualaikum...

Ada dua program atau pesta yang boleh dimasukkan dalam diari pada tahun 2010 iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 dan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.

Pesta Buku Antarabangsa 2010 akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Tarikhnya ialah 19 - 28 Mac 2010. Start hari Jumaat selama 2 minggu.

Boleh lah buat bajet dan buat perancangan cuti. Catitkan sekali buku yang hendak dibeli.

Satu lagi pesta ialah Fifa World Cup yang akan berlangsung di Afrika Selatan dari 11 Jun - 11 Julai 2010. Sebulan pesta ni berlangsung.

Sape yang ada bajet tu boleh la pergi kesana. Koi hanya mampu pergi ke stadium Astro je. Bagi yang berkerja tu, hold dulu cuti sebab nanti masa World Cup nanti boleh amik cuti.

Koi ada buat undian siapa menang piala dunia. Boleh la undi.