Pihak blog ini telah membuat satu tinjauan. Soalannya berbunyi Who is Malaysian next Prime Minister? Pengunjung diberi beberapa pilihan tokoh pemimpin Malaysia untuk menjawabnya.
Seramai 122 pengunjung telah membuat pilihan dalam masa hampir 6 bulan tinjauan ini dijalankan. Dan hasilnya 60 orang (49%) memilih Dato' Seri Anwar Ibrahim, 30 orang (24%) Dato' Seri Najib Tun Razak, 12 orang (9%) Tengku Razaliegh, 9 orang (7%) Tan Sri Muhyiddin Yassin, 6 orang (4%) Dato' Seri Haji Hadi Awang, 2 orang (1%) untuk Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Datuk Seri Utama Rais Yatim dan; 1 orang memilih others.
Kesimpulannya, di mata setiap penyokong, masih wujud persaingan diantara Dato' Seri Anwar dan Dato' Seri Najib untuk jawatan tersebut. Oleh itu, kita nantikan sahaja keputusan sebenar nanti.
No comments:
Post a Comment