Friday, January 30, 2009

Dunia yang menglalaikan...

Assalamualaikum...

Hari ni hari jumaat. Tadi pergi sembahyang jumaat di Masjid kat Indera Mahkota. Masjid ni ada aircond dan terletak di kawasan perumahan orang-orang kaya. Ramai yang bersembahyang disini termasuklah pelajar sekolah menengah berdekatan.

Apa yang nak saya cerita disini ialah tentang sikap sesetengah jemaah yang masih hendak bercerita hal-hal dunia didalam masjid. Mentang-mentang la masjid ni masjid di perumahan dia, siap boleh berborak, bertepuk tampar dan mengacuh-ngacuh menarik kain lagi sesama mereka. Jemaah sebelah saya berborak tentang pinjaman di Maybank dengan suara yang agak kuat. Bila azan berkumandang, ingatkan dah berhenti tapi volume suara je diperlahankan. Entahlah...

Sepatutnya kalau nak berborak, bukan dalam masjid. Banyak lagi masa dan tempat untuk kita berborak. Sembahyang jumaat kejap je, dalam 90 minit je. Takkan masa yang sekejap tu pun nak berborak hal-hal dunia yang memang tak habis-habis. Saya bukan lah bagus sangat tapi saya rasa tak patutlah sepanjang masa kita ni nak ingat dunia je. Dalam sembahyang pun sokmo ingat dunia.

Apa pun, fikir-fikirkanlah...

Wednesday, January 28, 2009

Kereta baru kena langgar...

Assalamualaikum...

Minggu lepas hari jumaat, kokngoh datang ke Kuantan dengan Mok dan Boh sebab nak pergi kenduri kahwin kat rumah Cik (adik boh). Kenduri tu hari Sabtu. Mereka datang dengan kereta baru kokngoh, Honda City. Kereta ni baru je pakai tak sampai sebulan. Try gak membawanya, best, berbeza la dengan Proton Iswara aku ni.

Lepas kenduri, mereka terus balik ke Temerloh lalu ikut LPT. Dekat dengan susur keluar Maran, tiba-tiba kereta yang dipandu kokngoh telah dilanggar belakangnya oleh pemandu mabuk. Berhentilah mereka kat tepi jalan tu sambil telefon ke polis. Pemandu mabuk tu keluar juga dari kereta dengan terhuyung-hayang, terus melompat ke seberang longkang sambil buat-buat telefon.

Tak lama kemudian polis pun sampai. Polis periksa la kereta pemandu mabuk tu. Macam-macam jumpa. Kayu ada, cota pun ada. Periksa kat badan pulak, jumpa pisau rambo. Polis suspek dia ni mungkin Along atau ahli kongsi gelap.

Pastu, semua pergilah ke Balai Polis Maran. Kereta pemandu mabuk tu polis yang bawak. Honda City baru ni, still boleh jalan, bawak juga ke balai polis untuk buat report. Lepas habis buat report, barulah balik semula ke Temerloh.

Sekarang kereta baru tu ada di Temerloh. Nak hantar ke bengkel. Kemek sikit je kat belakang. Jumaat ni nak hantar ke bengkel sebab bengkel tutup lagi sempena cuti raya cina.

Walaupun kereta kemek tetapi alhamdulillah semuanya selamat. Tak ada mengalami kecederaan.

Friday, January 23, 2009

Antara Kandungan Protokol Zionis

1. Melenyapkan sistem pemerintahan Islam.

2. Menghapuskan Al-Quran atau mengaburi gambaran yang sebenar sehingga menjadi kabur.

3. Menghancurkan akhlak orang Islam, fikiran mereka, hubungan dengan Allah dan bebaskan mereka untuk mengikut hawa nafsu.

4. Melenyapkan persatuan muslim dari seluruh dunia.

5. Menimbulkan keraguan orang Islam terhadap agamanya iaitu Islam yang suci.

6. Melemahkan bangsa Arab, iaitu bangsa asal keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

7. Mendirikan negara diktator di kalangan negara Islam.

8. Memisahkan orang Islam dari perindustrian dan membiarkan mereka hancur dengan orang barat.

9. Menyekat tokoh Islam dan menamatkan gerakannya serta menghina para ulama Islam.

10. Merosakkan wanita Islam dan mengembangkan pergaulan bebas.

11. Mengeluarkan dan menyebarkan buku-buku yang boleh merosakkan belia-belia Islam dan melalaikan mereka dari menumpukan kepada ilmu pengetahuan tulen.

12. Merosakkan belia Islam dengan minuman keras, gambar bogel, perempuan, kisah lucah, penyanyi dan seni muzik.

13. Memonopoli semua kegiatan ekonomi, mengawal pusat membeli-belah dan kekayaan di negara Islam.

14. Mengubah fakta sejarah Islam dan mengaburi peristiwa-peristiwa serta membesarkan beberapa sudut kelemahan yang remeh sehingga belia Islam benci kepada peristiwa tertentu dan akhirnya benci kepada Islam.

15. Menghidupkan semula tamadun lapuk seperti jahiliah yang dijadikan satu adat kebiasaan supaya generasi baru Islam menutup mata dari melihat tamadun Islam di zaman silam.

Tuesday, January 20, 2009

Kereta dia vs Kereta kita...


Inilah rupa kereta dia. 1 kuasa lembu sahaja kuasanya. Kaler biru campur coklat. Kapasiti mungkin 4 - 5 orang. Kelajuannya 5km sejam. Bayaran ansuran bulanan dan insurans? Mungkin takde, petrol pun tak payah.

Kereta kita pula? Ah! tak payah cerita la. Kita sendiri tahu kereta kita macammana dan kita sendiri tahu bayaran bulanan kereta kita termasuklah belanja minyaknya.

Moralnya kat sini, bersyukurlah dengan kereta yang kita pakai sekarang. Kita mungkin tergelak apabila melihat kereta dia ni tetapi dia tak payah pening kepala nak isi minyak, bayar insuran dan bayar bulanan. Tapi dia kena bagi lembu tu makan, kalau tak, tak bergeraklah kereta dia.

Monday, January 19, 2009

Pushing the limit...


Ni gambar seorang pelajar tengah study dalam komuter or LRT. Siap angkut kerusi dan meja lagi. Ini menunjukkan, jika nak berjaya kita harus sentiasa berusaha. Study tak kira di mana.

Friday, January 16, 2009

Shik Net dalam kenangan...

Kucing ini bernama Shik Net. Hari ni 16 Januari 2009 genaplah setahun kucing saya ni mati. Shik Net dulu seekor kucing yang baik. Selalunya Shik Net akan tunggu kucing lain makan dulu, kemudian barulah Shik Net makan. Shik Net juga selalu memberi susu kepada anak-anak kucing yang lain. Selalu juga Shik Net akan mengiringi kami ke kebun. Kalau ikut sejarah, Shik Net ni sebatang kara je. Saya bawak balik Shik Net dari bandar Mentakab, 9 tahun yg lalu. Sekarang, ada seekor sahaja anak Shik Net yang masih hidup, namanya Kolot. Cucu Shik Net pun ada beberapa ekor.

Sekian.

Thursday, January 15, 2009

Pening kepala...

Assalamualaikum...

Hari ni ada masa sikit nak menulis dalam blog ni. Kali ni nak cerita pasal pening kepala. Sejak akhir-akhir ni saya kerap mengalami pening dan sakit kepala terutama selepas memandu kereta dalam jarak yang jauh.

Masa bercuti ke Kelantan dan Terengganu dulu pun saya mengalami sakit kepala bila memandu. Berdenyut2 di dahi. Begitu juga bila memandu ke Kuala Lumpur pada awal tahun ni, sakit juga kepala. Di sana saya ke Kelang pula dari Batu 3 Shah Alam, pening gak kepala walaupun jarak perjalanan tu tak jauh. Masa balik dari KL ke Pangsenam, kami singgah di Janda Baik, sakit juga kepala.

Setelah memikir secara mendalam dan atas nasihat keluarga, saya cuba la pergi periksa mata di kedai cermin mata. Mula-mula hari selasa baru-baru ni cek kat Kuantan Parade. Dia bagitau saya rabun jauh. Bacaannya ialah negative 1.25. So, semalam decide la nak buat cermin mata. Pergi ke kedai Focus Point di Carefore. Cek sekali lagi mata, kali ni lebih detail. Keputusannya mata kanan silau dan mata kiri rabun jauh. Jadi, saya pun buatlah cermin mata dan siap sejam kemudian.

Maka, pada hari semalam juga saya telah menjadi seorang yang memakai cermin mata semasa memandu. Hasilnya belum tau lagi sebab belum memandu jauh. Tetapi penglihatan menjadi lebih terang dan jelas. Namun, masa ambil cermin mata tersebut, saya menjadi sakit kepala pula kerana bilnya RM372!. Ceh! baru je kuar duit kat teller di K4... dah kena bagi kat Focus Point pulak.

Thursday, January 8, 2009

Tag ketiga...

Ni jawapan lagi untuk tag dari Dr. Noni. Tertangguh lama dah. Agak sibuk kebelakangan ni.

1. Do you think u are hot?

Tak kot.

2. Upload a pic of u..


3. Why do u like thus picture?
Sebab gambar ni je ada kat dalam pc ni. Lagi pun gambar ni dah upload dalam my profile. Gambar ni diambil di dalam bilik aku kat Uniten. Last day dah wat part time kat sana.

4. When was da last time you eat pizza?
Rasanya tahun 2006 kot. Lama dah tak makan pizza ni.

5. The last song u listen to
Bias cinta alunan kumpulan Desire. Masa makan kat Restoran Aza tadi ngan Kamal dan Zamri, tokei kedai pasang lagu ni kuat2.

6. What r u doing right now besides doing this?

Prepare untuk kelas esok. Ada dua kelas, sebelum jumaat dan lepas jumaat.

7. What name u prefers beside yours?

Tengku Adnan

8. People to tag?
Tiga orang je lah... 1) Sukimang 2) McZue 3) CokDang 4) Madier


9. Who is no.1? Sukiman Al Haj


10. Who is no.3? Norhisyam Ab. Rahman


11. Who is no.5? Takdok


12.Who is no.4? Madi di UK


13.Who is no.2? Mek

Siap dah jawapan ringkas. Pasni boleh buat kerja semula.

Tuesday, January 6, 2009

Kena tag lagi...

Sibuk betul sekarang ni. Sedar-sedar dah dua kali dah blog ni kena tag. Minggu lepas cuti pergi Shah Alam. Sekarang pulak dah masuk kelas. Semester ni kena ajar subjek baru, Interpersonal Communication for Office Professional. Bila subjek baru, kena la study. Apa pun saya cuba jawab tugasan yang tertangguh ni dari blog Dr. Noni.

Ni tajuk tugasan tersebut: 10 weird things/habits/little known facts about me.

1. Suka main PC games. Antaranya Football Manager, Heroes dan Command and Conquer.

2. Suka main game online seperti Sokker, Travian, fantasy football dan xperteleven.

3. Suka membaca apa sahaja sebelum tido.

4. Suka main PlayStation (PS) tapi sekarang dah jarang main sebab PS lama. Nak kumpul duit dulu beli PS3 pulak.

5. Suka menyiram pokok bunga di keliling umah walaupun musim ujan.

6. Suka tengok cerita/dokumentari yang luar biasa seperti Lost, Man vs Wild, Mythbusters, American Next Top Model, How do they do it, Dirty Job dan lain-lain.

7. Suka tengok sambil kutuk rancangan Amboi2, drama melayu yang tah hapa2 dan Fuad Af3.

8. Suka jalan2 di kedai buku terutama di Popular, MPH dan MBS kuantan.

9. Suka berSMS ngan Sukimang.

10. Suka ambik gambar tapi kamera kecik je...

Ok itu sahaja jawapan saya. Nak tag ke dua orang je dulu iaitu Sukimang dan McZue.

Keputusan Tinjauan...

Pihak blog ini telah membuat satu tinjauan. Soalannya berbunyi Who is Malaysian next Prime Minister? Pengunjung diberi beberapa pilihan tokoh pemimpin Malaysia untuk menjawabnya.

Seramai 122 pengunjung telah membuat pilihan dalam masa hampir 6 bulan tinjauan ini dijalankan. Dan hasilnya 60 orang (49%) memilih Dato' Seri Anwar Ibrahim, 30 orang (24%) Dato' Seri Najib Tun Razak, 12 orang (9%) Tengku Razaliegh, 9 orang (7%) Tan Sri Muhyiddin Yassin, 6 orang (4%) Dato' Seri Haji Hadi Awang, 2 orang (1%) untuk Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Datuk Seri Utama Rais Yatim dan; 1 orang memilih others.

Kesimpulannya, di mata setiap penyokong, masih wujud persaingan diantara Dato' Seri Anwar dan Dato' Seri Najib untuk jawatan tersebut. Oleh itu, kita nantikan sahaja keputusan sebenar nanti.