Monday, September 19, 2011

Tetamu datang beraya...

Din, Suki dan McZue menikmati juadah


Malam semalam sukimang ada sms kabo nok datang beraya, keknya waktu tu koi sibuk ngat so koi suh dia datang esok (hari ni)... boleh ke gitu? hehehe boleh suruh2 pulak tetamu datang hari lain... hehehe


So, malam tadi jam 830 malam sukimang pun sampai dengan Din dan dituruti oleh Mekzue kemudiannya. Kami jamu mereka ala kadar sahaja. Ada la sate beberapa cukuk, keropok lekor dan kuih2 raya.


Sakan berborak...

Friday, September 2, 2011

Di mesjid pangsenam di pagi raya...

Selamat Hari Raya

Nasik terbalik...

Raya pertama menunya adalah nasik terbalik. Juadah ni untuk makan tengahari seisi keluarga dan juga hidangan sedara mara sebelah mak yang ramai datang. Seperiuk besar juga nasi ni. Guna beras basmati. Kat bawah periuk tu susun la kentang karot dll. Letak juga ayam dalam nasik tu barang seketul dua.
Ayam pulak ada yang digoreng. Sedak juga nasik ni. Macam nasik arab je.

Thursday, September 1, 2011

Udang galoh masak lomak...

Menu makan tengahari raya kedua adalah udang galoh masak lemak. Beli dua kilo untuk makan ramai2. Sekilo RM70. Ni udang galoh sungai pahang. Bapok besornya udang ni. Cer tengok size kepala udang tu...
Dah hampir siap. bapok sedaknye sedut otok udang galoh ni. Nikmat sungguh. Lagi sedak dari ikan patin.

Wednesday, August 31, 2011

Monday, August 29, 2011

Sunday, August 28, 2011

Balik kampung...



Semalam alhamdulillah selamat sampai kat kampung. Ruang parking kete dah hampir penuh. Tahun ni giliran semua balik Pangsenam. Bene la rumoh kali ni ngan bebudok gebuntur.

Wednesday, August 24, 2011

Bercuti raya...

Gambar dari internet. Dijangka kita beraya 30hb Ogos 2011.



Hari ni saya masih berada di bilik gerakan urusetia peperiksaan. Sessi kali ini saya telah dilantik sebagai urusetia pengendalian peperiksaan. Tanggungjawabnya besar juga sebab kami harus menyediakan segala kelengkapan peperiksaan. Sementara menunggu dibilik ni, sempat la juga saya memarking paper saya. Satu lagi paper saya akan berlangsung esok.




Raya kali ini saya akan bercuti bermula hari jumaat minggu ni hinggalah 4hb September. Dalam tempoh cuti raya ni, saya akan memarking paper juga dirumah.




Petang jumaat selepas berbuka saya akan bertolak ke kg Pangsenam untuk beraya disana. Kemudian pada raya kedua, akan balik beraya di Pekan pula.



Tahun ni seperti biasa saya akan membuat lemang. Selalunya, sayalah chefnya.



Semoga selamat pulang ke desa kepada semua.

Monday, August 22, 2011

Kad raya...

Contoh kad raya

Saya baru saje mengepos beberapa kad raya kepada beberapa orang. Saje je nak memeriahkan suasana raya ni serba sedikit.


Selalunya bila raya, orang akan ingat baju raya, kuih raya, lagu raya, duit raya dll. Manakala kad raya dah semakin dilupakan sebab sekarang dah ada sms raya.


Kalau mengikut pengalaman saya, selalunya talian handphone akan 'jem' dimalam2 raya sebab ramai sgt yang nak ucapkan selamat hari raya.



Marilah kita sama2 menggunakan kad raya semula.

Saturday, August 20, 2011

Buat puding karamel...

Selalunya dibulan puasa saya suka beli puding karamel. Bulan2 biasa tak la pulak membelinya. Tahun ni cuba buat sendiri pulok. Gaya macam senang je. Kalau nak resepi, carik la kat internet. bahan2nya pun mudah je dicari kat Malaysia ni. Belum masak lagi. masih dalam kukus.
Dah siap. Jadi juga dan boleh makan dah.